MonsterKecil telah melihat video di YouTube tentang aktiviti 'bikers' di satu tempat yang yang sangat cantik pemandangannya iaitu di Mulholland Highway @ Mulholland Drive. Di Malaysia terdapat Bukit Putus dan Genting Highland untuk kaki leper yang sukakan cabaran, di Los Angeles pula terdapat Mulholland Highway. Selekoh yang cantik dan permukaan jalan yang baik menyebabkan lokasi tersebut menjadi tempat melepas geram 'bikers' mengasah 'skil' masing-masing. Kalau dah gian sangat memang seronok tetapi mesti ada juga yang kecundang. Dengan kelengkapan tunggangan boleh mengelakkan penunggang mengalami kecederaan. MonsterKecil selitkan beberapa video aksi-aksi kaki leper ni....enjoy~!
Dan yang paling malang sekali bila jadi macam ni lah..~! menangis!!!!~
Kali ini MonsterKecil 'update' lagi superbike pilihan iaitu Kawasaki Z1000SX. Setakat ini belum lagi MonsterKecil lihat jentera ini di jalanraya, tidak pasti sudah ada di pasaran Malaysia atau belum. Sebelum ini Kawasaki sudah berjaya menghasilkan jentera 'naked bike' yang terunggul iaitu Z1000 dan Z750. Memang cemerlang. Kini Kawasaki antara pilihan terbanyak para penunggang motorsikal berkuasa tinggi. Z1000SX kini datang dengan lebih pembaharuan seperti model ER6n yang kemudian datang dengan lebih pembaharuan iaitu ER6nF. Z1000SX juga tidak jauh beza dari model Z1000 iaitu penambahan 'fairing'. Terdapat dua warna pilihan iaitu hijau hitam dan hitam. Model ini juga menampilkan tiga versi iaitu Z1000SX, Z1000SX City dan Z1000SX Tourer.
Model Z1000SX kali ini masih sama dalam spesifikasi enjin, 128bhp dengan kekuatan enjin 1043cc dengan suntikan 4 silinder DOHC 16-valve, sistem ekzos juga diubah dengan sistem 4-2-2 . Dari segi berat pula, model ini lebih ringan 3.5kg daripada Z1000. Datang dengan tangki yang boleh memuatkan 19 liter minyak,Tambahan pada 'windscreen' membuatkan model ini tampak lebih selesa dalam situasi memecut. "Windshield" juga boleh diubah mengikut kesesuaian dan keselesaan penunggang. Datang dengan sistem 'fuel injection', model ini nampak lebih garang dari segi rekaan yang lebih moden, sistem brek yang di'upgrade' serta aksesori membuatkan pemiliknya memiliki lebih banyak pilihan.
SPESIFIKASI
* Fuel system Fuel injection:?38 mm x 4 (Keihin) with oval sub-throttles * Ignition Digital, Starting Electric * Lubrication Forced lubrication, wet sump
Drivetrain:- *Transmission 6-speed, return * Final Drive Sealed chain * Final reduction ratio 2.733 (41/15) * Clutch Wet multi-disc, manual
Kerangka:- * Frame type Aluminium twin-tube * Wheel travel, front 120 mm * Wheel travel, rear 138 mm * Tyre, front 120/70ZR17M/C (58W) * Tyre, rear 190/50ZR17M/C (73W) * Rake/Trail 24.5°/ 102 mm * Steering angle, left / right 31° / 31°
Suspensi:- * Suspension, front 41 mm inverted fork with stepless compression and rebound damping and spring preload adjustability * Suspension, rear Horizontal Back-link, gas-charged, with stepless rebound damping and cam-style spring preload adjustability Prestasi:- * Maximum power 101.5kW {138 PS} / 9,600 rpm * Maximum torque 110 N?m {11.2 kgf•m} / 7,800 rpm
Beberapa versi terdapat pada model ini iaitu Z1000SX City dan Z1000SX Tourer yang hanya dibezakan dengan tambahan aksesori untuk muatan barang membuatkan model ini sesuai digunakan untuk aktiviti jarak jauh.
MonsterKecil dalam 'mood' Ducati & Sunday. :) ....Kali ini MonsterKecil nak 'preview' model Ducati 1198 SP. Atas permintaan seorang lagi sahabat yang betul-betul kipas susah mati Ducati. Untuk tidak menghampakan beliau yang terus menyokong MonsterKecil, akan MonsterKecil beri sedikit maklumat tentang model ini. Enjoy!~
Dengan pengalaman yang ditimba dari seluruh litar di dunia ini, Ducati datang dengan model 1198SP(Sport production) yang berprestasi tinggi, aluminium tank, Ducati quick shift, slipper clutch, rear Ohlins suspension with TTXR technology. Dengan berat kering 168, model ini adalah cabaran seterusnya dalam litar.Dengan sesaran 1198cc, model ini mampu memecut dengan kuasa 9750rpm dan tentunya memberi satu kepuasan pecutan kepada pemiliknya. Dengan menggunakan teknologi yang dibangunkan untuk projek Desmosedici MotoGp, rekaan tersebut membolehkan model ini beroperasi dalam rpm yang tinggi dengan piston berdiameter 106mm. Rekaan enjin " The Testastretta Evoluzione" merupakan rekaan enjin L-Twin yang terbaik pernah dihasilkan dengan berdiameter 43.5mm untuk masukan dan 35.5mm untuk keluaran. Maklumat lebih lanjut tentang model ini :
Jenis : L-Twin cylinder, 4 valve per cylinder Desmodromic, liquid cooled Sesaran : 1198 cc Kuasa : 170hp (125kW) @ 9750rpm Tork : 97lb-ft 131.4Nm @ 8000rpm Suntikan bahan bakar : Marelli electronic fuel injection, elliptical throttle bodies Sistem Ekzos : Lightweight 2-1-2 system with catalytic converter and 2 lambda probes. Twin stainless steel mufflers Kotak gear : 6 gear Berat kering : 168 kg Warna : Hitam dan Merah
MonsterKecil update lagi. Kali ini atas permintaan seorang sahabat yang inginkan 'preview' tentang Ducati Multistrada 1200 S Pikes Peak. MonsterKecil cuba beri serba sedikit maklumat tentang model ini.
Multistrada 1200 S Pikes Peak ini adalah keluaran untuk aktiviti lasak. Inspirasi pembuatan model ini juga adalah dari kemenangan yang menakjubkan dalam Pikes Peak International Hill Climb Race. Didatangkan dengan hanya satu rekaan warna ( corse ), model ini menjadi buruan peminat-peminat sukan lasak khususnya 'endurance'. Dengan berat kering 192kg membuatkan jentera ini betul-betul memerlukan kepakaran untuk mengendalikannya ditambah lagi dengan ketinggian sesuai untuk aktiviti lasak ( MonsterKecil tak cukup tinggi..hehe..dah try dah..). Masih mengekalkan 'aluminium single side swingarm ' dalam rekaan ini, model ini diperkuatkan lagi dengan sistem kawalan penuh suspensi Ohlins. Dengan enjin yang berkapasiti 1198.4cc dengan L-Twin cylinder, 4 valve per cylinder, model ini mampu memberi kuasa 9250rpm, cukup berkuasa untuk aktiviti lasak. Penghasilan enjin adalah untuk yang terbaik dan Testastretta 11* adalah hasilnya. Diberi nama sedemikian kerana telah 'valve overlap' telah diminimalkan sebanyak 11*(darjah) dengan menjadikan enjin tersebut lebih cekap dalam pembakaran minyak dan berkuasa. Bayangkan jika Ducati Superbike 1198 boleh mencapai 'top speed' pada transmisi gear 6, tetapi Multistrada 1200 ini boleh mencapai 'top speed' pada transmisi gear 5 sebelum gear 6. MonsterKecil akan sediakan video mengenai kehebatan jentera ini dalam perlumbaan endurance.
MonsterKecil 'update' lagi 10 'superbike' terhangat 2011. Semua model yang dipilih berdasarkan tinjauan daripada orang ramai, permintaan, pengeluaran dan prestasi semasa. Model-model ini dipilih berdasarkan pandangan pakar permotoran pada Germany's Intermot Show dan Italy's EICMA Exibition. Malaysia pula pada Kuala Lumpur International Motorshow. Makin lama makin meriah industri permotoran di Malaysia kini dengan kemasukan motorsikal berkuasa tinggi yang pelbagai. Kini peminat 'superbike' boleh memilih motorsikal idaman mereka. Jangan sampai rambang mata sudah la..hehe..~
APRILIA TUONO V4R
Jarang kita dapat lihat Aprilia mengeluarkan modelnya. Di Malaysia juga jarang peminat 'superbike' dapat memiliki model ini kerana kurangnya kemasukan model ini di Malaysia dan mungkin harganya sedikit mahal. Sekadar namanya sudah gak di peringkat antarabangsa tetapi sayangnya jarang kita lihat model Aprilia di jalanraya di Malaysia. Mengapa model Tuono V4R ini menjadi pilihan pertama?.Kalau anda peminat setia 'superbike' anda akan tahu. MonsterKecil juga perlukan banyak maklumat tentang model ini. Pada tahun 2010, Max Biaggi telah memenangi 10 podium pada 2010 World Superbike Championship menggunakan jentera ini tetapi cuma berbeza 'spec' iaitu RSV4. Datang dengan versi APRC SE, pelbagai teknologi baru diperkenalkan pada jentera ini. Dengan harga sekitar RM68,000 ( mengikut nilai matawang sekarang), model ini akan tiba pada pertengahan 2011. Untuk model Replica Max Biaggi pula, RM194,000.
APRILIA DORSODURO 1200
Apabila melihat saja model ini, terdetik di hati MonsterKecil, model Ducati kah ?. Dari segi rekabentuk, model ini mirip model Ducati, Supermotard. Dengan berat sekitar 457lbs, model ini boleh memecut laju setanding dengan kelasakannya di jalanraya. Dengan harga sekitar RM 36,000, model ini pasti memberi kepuasan kepada pemiliknya terutama ketika membelok dan mengambil selekoh. Leper habis!!!.MonsterKecil ada juga tengok-tengok model-model sebegini beraksi di litar go-cart USJ. Memang terbaik.!~
BMW K1600GT
MonsterKecil minat sangat dengan model sebegini. Relax je bila membawanya walaupun agak berat tapi terasa 'enjoy'. Model-model sebegini selalunya di Malaysia dipelopori golongan berumur. Selalu juga MonsterKecil lihat model sebegini di jalan raya terutama model Honda dan Kawasaki. Dengan enjin 6-silinder, model ini memberi sesaran 1649cc, pastinya memberi kuasa pecutan yang terbaik kepada pemiliknya. Selalunya kita lihat BMW terkenal dengan kereta. Kali ini giliran kenderaan dua roda pula memonopoli jalanraya di Malaysia. Diperkemaskan lagi dengan teknologi elektronik seperti 'suspension adjustable','heated seat','traction control', multi-mode engine maping', memberi tanggapan bahawa nilai ekslusif BMW bukan hanya terletak pada kenderaan 4 roda sahaja. Nilai model ini tak dapat dipastikan, tetapi selalunya model sebegini mencecah RM100,000 ke atas.
DUCATI DIAVEL
Terbaik!.Itu sahaja yang mampu MonsterKecil ungkapkan.Kalaulah ada duit, memang MonsterKecil dah sapu motor ni dulu. Duduk sahaja sudah cukup memukau orang yang memandang apabila menunggang Diavel ini. MonsterKecil pernah mencuba model ini di Kuala Lumpur International Motorshow. Alahai, boleh menangis bila tengok harganya. Dengan enjin V-Twin serta 1200cc memberikan kuasa pecutan unggul kepada pemiliknya di atas jalanraya. Setakat ini MonsterKecil belum mendapat maklumat lagi tentang model ini tetapi dijangka keluar pada Mac 2011, maknanya hanya perlu tunggu model ini memecut pantas di jalanraya.
HONDA CB1000R
Nampakya perubahan besar pada model Honda ini. Dari segi rekabentuk seperti Kawasaki Z1000.Kadangkala keliru juga MonsterKecil samada ini adalah model Honda atau Kawasaki. MonsterKecil memang minat pada rekabentuk sebegini. Nampak garang dan berkuasa. Naked bike ini memang menjadi idaman peminat 'superbike' selain model CBR. Dengan kombinasi tunggangan dan kuasa enjin menjadikan model ini suatu nilai ergonomik yang hebat dengan nilai kuasa 10,000 rpm. Dengan kerangka aluminium dan 'fully adjustable 43mm inverted fork' menjanjikan keselesaan tunggangan pada model ini.
HONDA CBR250R
Dilancarkan di Malaysia sekitar Februari 2011, model ini menjadikan pemilik motorsikal yang berpendapatan rendah tersenyum lebar dengan keluaran ini. Dengan kuasa suntikan penuh 249.4 cc dengan silinder tunggal dengan 'double overhead cams' empat injap. Kini Kawasaki Ninja-250 sudah ada pesaing dan memberikan pilihan kepada peminat Sportbike. Setakat ini MonsterKecil belum lagi melihat model ini di jalanraya. Harganya MonsterKecil tidak pasti, rasanya sekitar RM22,000.
KAWASAKI ZX-10R
Model ini juga agak popular di kalangan peminat Kawasaki selain ER6N (F) dan Z1000. Model ini juga yang pertama dipasangkan sistem kawalan traksi pertama pada model motorsikal keluaran Jepun. Dengan sistem ABS yang diperkemaskan lagi pada sistem brek dan suspensi menjadikan model ini selamat ditunggang walaupun dalam kelajuan yang tinggi. terdapat dua variasi warna iaitu hijau dan hitam yang boleh dipilih. Dari segi rekabentuk, MonsterKecil sangat berpuas hati dengan rekaannya. Nampak 'sporty' dan garangmemberikan kuasa pecutan yang handal apabila menunggang model ini.
MV AGUSTA F3
Mv Agusta, nama yang tidak kurang hebatnya dengan legenda pembabitannya dalam industri permotoran. Jarang di Malaysia kita dapat lihat model MA ini. Mungkin ada yang tidak kenal dan arif tentang MA ini. F3 merupakan model terkini daripada Mv Agusta yang bersesaran 675cc dengan tiga silinder. Telah memenangi 'Most beautiful bike' pada EICMA Show di Milan. Apa yang menarik tentang model ini adalah sedikit kelainan pada sistem bunyi iaitu menggabungkan 3 paip ekzos yang nampak menarik. MonsterKecil harap keunikannya kena pada 'performance' motorsikal ini.
SUZUKI GSX-R750
Setelahmengambil masa satutahundaritahun2010,AmerikaSuzuki telah membina semula model GSXR600danGSX-R750.Model Gixxer600telahlamamenjadi streetbiketerlarisSuzuki,jadiparajuruteradiHamamatsumembuatperbaikanatasmodel tersebut dengan keluaran model terbaru ini. Dilengkapi dengan teknologi terbaru, dilengkapi sistem brek ABS dan sistem kawalan motor menjadikan model ini banyak meluncur di jalan raya kini. Sebanyak 20lbs telah dikurangkan dari model asal dengan penambahbaikan kerangka aluminium, roda, enjin dan suspensi. Tambahan lagi dengan kerjasama Showa dan Big Piston Fork menjadikan model ini lebih istimewa dan ekslusif. Sistem brek pula dilengkapi dengan Brembo anti-lock breaking system.
TRIUMPH TIGER 800
Model terakhir adalah Triumph Tiger 800. Model jenis touring bike ini merupakan model terbaru daripada Triump. Kepada peminat yang sukakan perjalanan yang lasak dan jauh, inilah model terbaik yang harus dipilih tetapi MonsterKecil tidak pasti samada model ini telah memasuki pasaran Malaysia atau tidak. Model ini sangat sesuai untuk si pengembara yang sarat dengan pelbagai barang. Dengan sesaran enjin 799cc memberikan kuasa penuh kepada penunggang untuk cabaran aksi lasak yang penuh berliku.Model XC juga diperkenalkan untuk aksi di dalam hutan dan gunung. Model XC pula dilengkapi dengan wire-spoke wheels, knobby tires, extra suspension travel dan switchable ABS menjadikan model ini bersedia untuk diredah dalam hutan dan gunung.