05 Ogos 2012

2013 Kawasaki Ninja 650

Salam Ramadhan dari MK yg dah lama tak update blog..sibuk koje la katakan..:D

Kali ni MK akan update tentang model baru dari Kawasaki iaitu Ninja 650. Sejak membuat kemunculan semula pada 2006, model ini telah memberi impak yg besar dalam pembangunan permotoran Kawasaki. Dengan rekaan casis yg seimbang dan rekaan yang menarik, model ini sesuai untuk tunggangan yg sederhana dan untuk penunggang yang mempunyai ketinggian sederhana ataupun pendek.:D

Dari segi fungsi digital pula, sistem digital yang mudah dibaca, difahami juga memberi keselesaan dalam tunggangan.Didatangkan dengan tiga varian warna iaitu Pearl Stardust White, Candy Thunder Blue, Metallic Flat Spark Black . Terdapat juga model yg di 'upgrade' sistem suspensi iaitu Ninja 650 ABS.  
Harga OTR tu tak tau lagi sebab belum masuk pasaran Malaysia, nama pun 2013 punya model..:D












Spesifikasi:

* 649cc Twin Engine
* Transmisi 6 -gear
* Valve system DOHC
* Electronic system controlled by DFI's ECU system
* Engine Four-stroke, liquid-cooled, DOHC, four-valve, parallel twin
* Cooling system liquid
* Front Tire Size Dunlop Roadsmart II 120/70x17
* Rear Tire Size Dunlop Roadsmart II 160/60x17\
* Fuel Capacity 4.2 gal


Sumber : Kawasaki.com / MotorBeam / TotalMotorcycle