20 Mei 2011

Peugeot RCZ Sports Coupe 2011





MonsterKecil nak update sikit mengenai kereta terbaru keluaran Peugeot. Agak menarik berbanding rekaan kereta keluarannya yang sebelum ini. MonsterKecil agak tertarik mengenainya apabila menonton berita tentang pelancarannya yang akan diadakan di Malaysia. Rekaan yang agak sporty membuatkan RCZ agak lain dari model sebelum ini yang agak tidak menarik dari segi rekaan. 






Secara mekanikalnya, ia adalah berasaskan pada model 308 hatchback. Model ini dijana oleh enjin BMW PSA-Prince 1.6 liter Twin-Scroll Turbocharged yang mempunyai dua versi iaitu (156 hp 240nm ) & ( 200hp 275nm). 


Model ini dilengkapi dengan transmisi automatik 6 kelajuan dan transmisi manual 6 kelajuan. Bahagian spoiler juga boleh diubah secara manual melalui kawalan elektronik. Dengan rekaan sebegini dan kapasiti enjin yang mantap, model ini bakal mendapat sambutan yang luarbiasa dari penggemar kereta 'coupe' dan anggaran model ini sekitar RM100,000.  Mungkin model Roadster pula akan menyusul kemudian kerana model itu juga menarik ( bumbung boleh buka ). 


Dari segi rekaan dalaman, panel meter sangat senang untuk difahami dan dilihat. Bahagian papan pemuka juga ringkas dan menarik tetapi padat dengan butang fungsi yang senang ditekan. 
















Sumber : google / Peugeot.com

10 Mei 2011

Subaru Impreza WRX 2011



Kali ini MonsterKecil memperkenalkan model terbaru pengeluar kereta terkenal dari Jepun ini iaitu Subaru Impreza WRX STi 2011. Pengeluarannya sudah bermula pada 2008 cuma baru memasuki pasaran Malaysia sekitar hujung tahun 2010. Namun jarang-jarang dapat kita lihat kelibat model terbaru Subaru ini di jalanraya di Malaysia. Keunikan bunyinya yang lain dari model-model kereta keluaran syarikat lain menyebabkan Subaru begitu unik dalam keluarannya. Dengar sahaja bunyinya sudah tahu bahawa itu adalah Subaru yang begitu garang.


Pada kali ini Subaru memperkenalkan dua edisi untuk model terbaru ini iaitu Sedan & Hatchback. MonsterKecil pernah juga terserempak dengan jenis Hatchback tetapi belum pernah lagi ternampak edisi Sedan. Memang menarik dengan rekaan terbaru dari Subaru. Juga didatangkan dengan model yang berbagai jenis iaitu Impreza WRX, WRX Premium, WRX Limited, WRX STI dan WRX STI Limited Edition. Model kali ini juga didatangkan dengan varian warna yang menarik tidak seperti sebelum ini iaitu biru yang menjadi 'trademark' Subaru.


                                 Model Hatchback

Model Sedan
Spesifikasi : -
* Sistem pemanduan "Symmetrical All-Wheel Drive" yang memberikan sistem pemanduan selamat kepada     pemandu
* Sistem suspensi 'sport-tuned'
* Rim aluminium aloi 17 x 8.0 inci dengan P235/45 R17 iaitu tayar khusus untuk cuaca musim panas.
* Rim 18 inci untuk WRX Limited, WRX STI dan WRX STI Limited Edition.
* Enjin berkapasiti 265-hp turbocharged dijana SUBARU BOXER.
* Enjin berkapasiti 305-hp turbocharged dijana SUBARU BOXER hanya untuk WRX STI dan WRX STI Limited Edition.
* Harga sekitar RM240,000 ( mengikut jenis model dan spec )















Rekaan panel meter sangat senang untuk dilihat dan difahami. Simple tapi menarik. Ruang enjin juga amat padat dan tersusun sesuai dengan prestasi enjinnya yang menakjubkan dalam kategorinya.


Subaru terkenal kerana banyak kejayaan yang dicapai semasa mereka menyertai World Rally Championship. Tetapi kini Subaru tidak lagi menyertai kejohanan tersebut. Drifter dan juga pemandu rally terkenal Ken Block juga pernah menggunakan Impreza WRX Sti 9 Version dan model terkini untuk aksi-aksinya bersama Subaru sebelum berhijrah ke Ford ( MonsterKecil kipas susah mati KenBlock...hehe..).








Sumber: Subaru.com / Youtube.com / Motorsport.com

03 Mei 2011

Mulholland Highway



MonsterKecil telah melihat video di YouTube tentang aktiviti 'bikers' di satu tempat yang yang sangat cantik pemandangannya iaitu di Mulholland Highway @ Mulholland Drive. Di Malaysia terdapat Bukit Putus dan Genting Highland untuk kaki leper yang sukakan cabaran, di Los Angeles pula terdapat Mulholland Highway. Selekoh yang cantik dan permukaan jalan yang baik menyebabkan lokasi tersebut menjadi tempat melepas geram 'bikers' mengasah 'skil' masing-masing. Kalau dah gian sangat memang seronok tetapi mesti ada juga yang kecundang. Dengan kelengkapan tunggangan boleh mengelakkan penunggang mengalami kecederaan. MonsterKecil selitkan beberapa video aksi-aksi kaki leper ni....enjoy~!












Dan yang paling malang sekali bila jadi macam ni lah..~! menangis!!!!~












Sumber : YouTube / Wikipedia