02 April 2011

Ducati Multistrada 1200 S Pikes Peak

MonsterKecil update lagi. Kali ini atas permintaan seorang sahabat yang inginkan 'preview' tentang Ducati Multistrada 1200 S Pikes Peak. MonsterKecil cuba beri serba sedikit maklumat tentang model ini.




Multistrada 1200 S Pikes Peak ini adalah keluaran untuk aktiviti lasak. Inspirasi pembuatan model ini juga adalah dari kemenangan yang menakjubkan dalam Pikes Peak International Hill Climb Race. Didatangkan dengan hanya satu rekaan warna ( corse ), model ini menjadi buruan peminat-peminat sukan lasak khususnya 'endurance'. Dengan berat kering 192kg membuatkan jentera ini betul-betul memerlukan kepakaran untuk mengendalikannya ditambah lagi dengan ketinggian sesuai untuk aktiviti lasak ( MonsterKecil tak cukup tinggi..hehe..dah try dah..). Masih mengekalkan 'aluminium single side swingarm ' dalam rekaan ini, model ini diperkuatkan lagi dengan sistem kawalan penuh suspensi Ohlins.
         Dengan enjin yang berkapasiti 1198.4cc  dengan L-Twin cylinder, 4 valve per cylinder, model ini mampu memberi kuasa 9250rpm, cukup berkuasa untuk aktiviti lasak. Penghasilan enjin adalah untuk yang terbaik dan Testastretta 11* adalah hasilnya. Diberi nama sedemikian kerana telah 'valve overlap' telah diminimalkan sebanyak 11*(darjah) dengan menjadikan enjin tersebut lebih cekap dalam pembakaran minyak dan berkuasa. Bayangkan jika Ducati Superbike 1198 boleh mencapai 'top speed' pada transmisi gear 6, tetapi Multistrada 1200 ini boleh mencapai 'top speed' pada transmisi gear 5 sebelum gear 6. MonsterKecil akan sediakan video mengenai kehebatan jentera ini dalam perlumbaan endurance.


Sumber : Ducati.com



Tiada ulasan: