31 Mac 2011

Top 10 Hottest Bike of 2011

MonsterKecil 'update' lagi 10 'superbike' terhangat 2011. Semua model yang dipilih berdasarkan tinjauan daripada orang ramai, permintaan, pengeluaran dan prestasi semasa. Model-model ini dipilih berdasarkan pandangan pakar permotoran pada Germany's Intermot Show dan Italy's EICMA Exibition. Malaysia pula pada Kuala Lumpur International Motorshow. Makin lama makin meriah industri permotoran di Malaysia kini dengan kemasukan motorsikal berkuasa tinggi yang pelbagai. Kini peminat 'superbike' boleh memilih motorsikal idaman mereka. Jangan sampai rambang mata sudah la..hehe..~


APRILIA TUONO V4R


Jarang kita dapat lihat Aprilia mengeluarkan modelnya. Di Malaysia juga jarang peminat 'superbike' dapat memiliki model ini kerana kurangnya kemasukan model ini di Malaysia dan mungkin harganya sedikit mahal. Sekadar namanya sudah gak di peringkat antarabangsa tetapi sayangnya jarang kita lihat model Aprilia di jalanraya di Malaysia.
        Mengapa model Tuono V4R ini menjadi pilihan pertama?.Kalau anda peminat setia 'superbike' anda akan tahu. MonsterKecil juga perlukan banyak maklumat tentang model ini. Pada tahun 2010, Max Biaggi telah memenangi 10 podium pada 2010 World Superbike Championship menggunakan jentera  ini tetapi cuma berbeza 'spec' iaitu RSV4. Datang dengan versi APRC SE, pelbagai teknologi baru diperkenalkan pada jentera ini. Dengan harga sekitar RM68,000 ( mengikut nilai matawang sekarang), model ini akan tiba pada pertengahan 2011. Untuk model Replica Max Biaggi pula, RM194,000.


APRILIA DORSODURO 1200
 Apabila melihat saja model ini, terdetik di hati MonsterKecil, model Ducati kah ?. Dari segi rekabentuk, model ini mirip model Ducati, Supermotard. Dengan berat sekitar 457lbs, model ini boleh memecut laju setanding dengan kelasakannya di jalanraya. Dengan harga sekitar RM 36,000, model ini pasti memberi kepuasan kepada pemiliknya terutama ketika membelok dan mengambil selekoh. Leper habis!!!.MonsterKecil ada juga tengok-tengok model-model sebegini beraksi di litar go-cart USJ. Memang terbaik.!~


BMW K1600GT


 MonsterKecil minat sangat dengan model sebegini. Relax je bila membawanya walaupun agak berat tapi terasa 'enjoy'. Model-model sebegini selalunya di Malaysia dipelopori golongan berumur. Selalu juga MonsterKecil lihat model sebegini di jalan raya terutama model Honda dan Kawasaki. Dengan enjin 6-silinder, model ini memberi sesaran 1649cc, pastinya memberi kuasa pecutan yang terbaik kepada pemiliknya. Selalunya kita lihat BMW terkenal dengan kereta. Kali ini giliran kenderaan dua roda pula memonopoli jalanraya di Malaysia. Diperkemaskan lagi dengan teknologi elektronik seperti 'suspension adjustable','heated seat','traction control', multi-mode engine maping', memberi tanggapan bahawa nilai ekslusif BMW bukan hanya terletak pada kenderaan 4 roda sahaja. Nilai model ini tak dapat dipastikan, tetapi selalunya model sebegini mencecah RM100,000 ke atas.


DUCATI DIAVEL


Terbaik!.Itu sahaja yang mampu MonsterKecil ungkapkan.Kalaulah ada duit, memang MonsterKecil dah sapu motor ni dulu. Duduk sahaja sudah cukup memukau orang yang memandang apabila menunggang Diavel ini. MonsterKecil pernah mencuba model ini di Kuala Lumpur International Motorshow. Alahai, boleh menangis bila tengok harganya. Dengan enjin V-Twin serta 1200cc memberikan kuasa pecutan unggul kepada pemiliknya di atas jalanraya. Setakat ini MonsterKecil belum mendapat maklumat lagi tentang model ini tetapi dijangka keluar pada Mac 2011, maknanya hanya perlu tunggu model ini memecut pantas di jalanraya.


HONDA CB1000R




 Nampakya perubahan besar pada model Honda ini. Dari segi rekabentuk seperti Kawasaki Z1000.Kadangkala keliru juga MonsterKecil samada ini adalah model Honda atau Kawasaki. MonsterKecil memang minat pada rekabentuk sebegini. Nampak garang dan berkuasa. Naked bike ini memang menjadi idaman peminat 'superbike' selain model CBR. Dengan kombinasi tunggangan dan kuasa enjin menjadikan model ini suatu nilai ergonomik yang hebat dengan nilai kuasa 10,000 rpm. Dengan kerangka aluminium dan 'fully adjustable 43mm inverted fork' menjanjikan keselesaan tunggangan pada model ini.


HONDA CBR250R


 Dilancarkan di Malaysia sekitar Februari 2011, model ini menjadikan pemilik motorsikal yang berpendapatan rendah tersenyum lebar dengan keluaran ini. Dengan kuasa suntikan penuh 249.4 cc dengan silinder tunggal dengan 'double overhead cams' empat injap. Kini Kawasaki Ninja-250 sudah ada pesaing dan memberikan pilihan kepada peminat Sportbike. Setakat ini MonsterKecil belum lagi melihat model ini di jalanraya. Harganya MonsterKecil tidak pasti, rasanya sekitar RM22,000.


KAWASAKI ZX-10R


 Model ini juga agak popular di kalangan peminat Kawasaki selain ER6N (F) dan Z1000. Model ini juga yang pertama dipasangkan sistem kawalan traksi pertama pada model motorsikal keluaran Jepun. Dengan sistem ABS yang diperkemaskan lagi  pada sistem brek dan suspensi menjadikan model ini selamat ditunggang walaupun dalam kelajuan yang tinggi. terdapat dua variasi warna iaitu hijau dan hitam yang boleh dipilih. Dari segi rekabentuk, MonsterKecil sangat berpuas hati dengan rekaannya. Nampak 'sporty' dan garangmemberikan kuasa pecutan yang handal apabila menunggang model ini.


MV AGUSTA F3


 Mv Agusta, nama yang tidak kurang hebatnya dengan legenda pembabitannya dalam industri permotoran. Jarang di Malaysia kita dapat lihat model MA ini. Mungkin ada yang tidak kenal dan arif tentang MA ini. F3 merupakan model terkini daripada Mv Agusta yang bersesaran 675cc dengan tiga silinder. Telah memenangi 'Most beautiful bike' pada EICMA Show di Milan. Apa yang menarik tentang model ini adalah sedikit kelainan pada sistem bunyi iaitu menggabungkan 3 paip ekzos yang nampak menarik. MonsterKecil harap keunikannya kena pada 'performance' motorsikal ini.


SUZUKI GSX-R750
Setelah mengambil masa satu tahun dari tahun 2010, Amerika Suzuki telah membina semula model GSX R600 dan GSX-R750 . Model Gixxer 600 telah lama menjadi streetbike terlaris Suzuki, jadi para jurutera di Hamamatsu membuat perbaikan atas model tersebut dengan keluaran model terbaru ini. Dilengkapi dengan teknologi terbaru, dilengkapi sistem brek ABS dan sistem kawalan motor menjadikan model ini banyak meluncur di jalan raya kini. Sebanyak 20lbs telah dikurangkan dari model asal dengan penambahbaikan kerangka aluminium, roda, enjin dan suspensi. Tambahan lagi dengan kerjasama Showa dan Big Piston Fork menjadikan model ini lebih istimewa dan ekslusif. Sistem brek pula dilengkapi dengan Brembo anti-lock breaking system.


TRIUMPH TIGER 800
Model terakhir adalah Triumph Tiger 800. Model jenis touring bike ini merupakan model terbaru daripada Triump. Kepada peminat yang sukakan perjalanan yang lasak dan jauh, inilah model terbaik yang harus dipilih tetapi MonsterKecil tidak pasti samada model ini telah memasuki pasaran Malaysia atau tidak. Model ini sangat sesuai untuk si pengembara yang sarat dengan pelbagai barang. Dengan sesaran enjin 799cc memberikan kuasa penuh kepada penunggang untuk cabaran aksi lasak yang penuh berliku.Model XC juga diperkenalkan untuk aksi di dalam hutan dan gunung. Model XC pula dilengkapi dengan wire-spoke wheels, knobby tires, extra suspension travel dan switchable ABS menjadikan model ini bersedia untuk diredah dalam hutan dan gunung.




Sumber: Motorcycle.com

Tiada ulasan: