16 April 2011

2011 Kawasaki Z1000SX

2011 KAWASAKI Z1000SX


Kali ini MonsterKecil 'update' lagi superbike pilihan iaitu Kawasaki Z1000SX. Setakat ini belum lagi MonsterKecil lihat jentera ini di jalanraya, tidak pasti sudah ada di pasaran Malaysia atau belum. Sebelum ini Kawasaki sudah berjaya menghasilkan jentera 'naked bike' yang terunggul iaitu Z1000 dan Z750. Memang cemerlang. Kini Kawasaki antara pilihan terbanyak para penunggang motorsikal berkuasa tinggi. Z1000SX kini datang dengan lebih pembaharuan seperti model ER6n yang kemudian datang dengan lebih pembaharuan iaitu ER6nF. Z1000SX juga tidak jauh beza dari model Z1000 iaitu penambahan 'fairing'. Terdapat dua warna pilihan iaitu hijau hitam dan hitam. Model ini juga menampilkan tiga versi iaitu Z1000SX, Z1000SX City dan Z1000SX Tourer.




Model Z1000SX kali ini masih sama dalam spesifikasi enjin, 128bhp dengan kekuatan enjin 1043cc dengan suntikan 4 silinder DOHC 16-valve, sistem ekzos juga diubah dengan sistem 4-2-2 . Dari segi berat pula, model ini lebih ringan 3.5kg daripada Z1000. Datang dengan tangki yang boleh memuatkan 19 liter minyak,Tambahan pada 'windscreen' membuatkan model ini tampak lebih selesa dalam situasi memecut. "Windshield" juga boleh diubah mengikut kesesuaian dan keselesaan penunggang. Datang dengan sistem 'fuel injection', model ini nampak lebih garang dari segi rekaan yang lebih moden, sistem brek yang di'upgrade' serta aksesori membuatkan pemiliknya memiliki lebih banyak pilihan.




SPESIFIKASI


* Fuel system Fuel injection:?38 mm x 4 (Keihin) with oval sub-throttles
* Ignition Digital, Starting Electric
* Lubrication Forced lubrication, wet sump


Drivetrain:-
*Transmission 6-speed, return
* Final Drive Sealed chain
* Final reduction ratio 2.733 (41/15)
* Clutch Wet multi-disc, manual


Kerangka:-
* Frame type Aluminium twin-tube
* Wheel travel, front 120 mm
* Wheel travel, rear 138 mm
* Tyre, front 120/70ZR17M/C (58W)
* Tyre, rear 190/50ZR17M/C (73W)
* Rake/Trail 24.5°/ 102 mm
* Steering angle, left / right 31° / 31°


Suspensi:-
* Suspension, front 41 mm inverted fork with stepless compression and rebound damping and spring preload adjustability
* Suspension, rear Horizontal Back-link, gas-charged, with stepless rebound
damping and cam-style spring preload adjustability
Prestasi:-
* Maximum power 101.5kW {138 PS} / 9,600 rpm
* Maximum torque 110 N?m {11.2 kgf•m} / 7,800 rpm







Beberapa versi terdapat pada model ini iaitu Z1000SX City dan Z1000SX Tourer yang hanya dibezakan dengan tambahan aksesori untuk muatan barang membuatkan model ini sesuai digunakan untuk aktiviti jarak jauh.




Sumber: Kawasaki.eu / visordown.com / rmreview.com.my

1 ulasan:

Neddy Razak berkata...

terbaik la sial. sumpah mantap dow. garang!