MonsterKecil dalam 'mood' Ducati & Sunday. :) ....Kali ini MonsterKecil nak 'preview' model Ducati 1198 SP. Atas permintaan seorang lagi sahabat yang betul-betul kipas susah mati Ducati. Untuk tidak menghampakan beliau yang terus menyokong MonsterKecil, akan MonsterKecil beri sedikit maklumat tentang model ini. Enjoy!~
Dengan pengalaman yang ditimba dari seluruh litar di dunia ini, Ducati datang dengan model 1198SP(Sport production) yang berprestasi tinggi, aluminium tank, Ducati quick shift, slipper clutch, rear Ohlins suspension with TTXR technology. Dengan berat kering 168, model ini adalah cabaran seterusnya dalam litar.Dengan sesaran 1198cc, model ini mampu memecut dengan kuasa 9750rpm dan tentunya memberi satu kepuasan pecutan kepada pemiliknya. Dengan menggunakan teknologi yang dibangunkan untuk projek Desmosedici MotoGp, rekaan tersebut membolehkan model ini beroperasi dalam rpm yang tinggi dengan piston berdiameter 106mm. Rekaan enjin " The Testastretta Evoluzione" merupakan rekaan enjin L-Twin yang terbaik pernah dihasilkan dengan berdiameter 43.5mm untuk masukan dan 35.5mm untuk keluaran. Maklumat lebih lanjut tentang model ini :
Jenis : L-Twin cylinder, 4 valve per cylinder Desmodromic, liquid cooled Sesaran : 1198 cc Kuasa : 170hp (125kW) @ 9750rpm Tork : 97lb-ft 131.4Nm @ 8000rpm Suntikan bahan bakar : Marelli electronic fuel injection, elliptical throttle bodies Sistem Ekzos : Lightweight 2-1-2 system with catalytic converter and 2 lambda probes. Twin stainless steel mufflers Kotak gear : 6 gear Berat kering : 168 kg Warna : Hitam dan Merah
MonsterKecil update lagi. Kali ini atas permintaan seorang sahabat yang inginkan 'preview' tentang Ducati Multistrada 1200 S Pikes Peak. MonsterKecil cuba beri serba sedikit maklumat tentang model ini.
Multistrada 1200 S Pikes Peak ini adalah keluaran untuk aktiviti lasak. Inspirasi pembuatan model ini juga adalah dari kemenangan yang menakjubkan dalam Pikes Peak International Hill Climb Race. Didatangkan dengan hanya satu rekaan warna ( corse ), model ini menjadi buruan peminat-peminat sukan lasak khususnya 'endurance'. Dengan berat kering 192kg membuatkan jentera ini betul-betul memerlukan kepakaran untuk mengendalikannya ditambah lagi dengan ketinggian sesuai untuk aktiviti lasak ( MonsterKecil tak cukup tinggi..hehe..dah try dah..). Masih mengekalkan 'aluminium single side swingarm ' dalam rekaan ini, model ini diperkuatkan lagi dengan sistem kawalan penuh suspensi Ohlins. Dengan enjin yang berkapasiti 1198.4cc dengan L-Twin cylinder, 4 valve per cylinder, model ini mampu memberi kuasa 9250rpm, cukup berkuasa untuk aktiviti lasak. Penghasilan enjin adalah untuk yang terbaik dan Testastretta 11* adalah hasilnya. Diberi nama sedemikian kerana telah 'valve overlap' telah diminimalkan sebanyak 11*(darjah) dengan menjadikan enjin tersebut lebih cekap dalam pembakaran minyak dan berkuasa. Bayangkan jika Ducati Superbike 1198 boleh mencapai 'top speed' pada transmisi gear 6, tetapi Multistrada 1200 ini boleh mencapai 'top speed' pada transmisi gear 5 sebelum gear 6. MonsterKecil akan sediakan video mengenai kehebatan jentera ini dalam perlumbaan endurance.
MonsterKecil 'update' lagi 10 'superbike' terhangat 2011. Semua model yang dipilih berdasarkan tinjauan daripada orang ramai, permintaan, pengeluaran dan prestasi semasa. Model-model ini dipilih berdasarkan pandangan pakar permotoran pada Germany's Intermot Show dan Italy's EICMA Exibition. Malaysia pula pada Kuala Lumpur International Motorshow. Makin lama makin meriah industri permotoran di Malaysia kini dengan kemasukan motorsikal berkuasa tinggi yang pelbagai. Kini peminat 'superbike' boleh memilih motorsikal idaman mereka. Jangan sampai rambang mata sudah la..hehe..~
APRILIA TUONO V4R
Jarang kita dapat lihat Aprilia mengeluarkan modelnya. Di Malaysia juga jarang peminat 'superbike' dapat memiliki model ini kerana kurangnya kemasukan model ini di Malaysia dan mungkin harganya sedikit mahal. Sekadar namanya sudah gak di peringkat antarabangsa tetapi sayangnya jarang kita lihat model Aprilia di jalanraya di Malaysia. Mengapa model Tuono V4R ini menjadi pilihan pertama?.Kalau anda peminat setia 'superbike' anda akan tahu. MonsterKecil juga perlukan banyak maklumat tentang model ini. Pada tahun 2010, Max Biaggi telah memenangi 10 podium pada 2010 World Superbike Championship menggunakan jentera ini tetapi cuma berbeza 'spec' iaitu RSV4. Datang dengan versi APRC SE, pelbagai teknologi baru diperkenalkan pada jentera ini. Dengan harga sekitar RM68,000 ( mengikut nilai matawang sekarang), model ini akan tiba pada pertengahan 2011. Untuk model Replica Max Biaggi pula, RM194,000.
APRILIA DORSODURO 1200
Apabila melihat saja model ini, terdetik di hati MonsterKecil, model Ducati kah ?. Dari segi rekabentuk, model ini mirip model Ducati, Supermotard. Dengan berat sekitar 457lbs, model ini boleh memecut laju setanding dengan kelasakannya di jalanraya. Dengan harga sekitar RM 36,000, model ini pasti memberi kepuasan kepada pemiliknya terutama ketika membelok dan mengambil selekoh. Leper habis!!!.MonsterKecil ada juga tengok-tengok model-model sebegini beraksi di litar go-cart USJ. Memang terbaik.!~
BMW K1600GT
MonsterKecil minat sangat dengan model sebegini. Relax je bila membawanya walaupun agak berat tapi terasa 'enjoy'. Model-model sebegini selalunya di Malaysia dipelopori golongan berumur. Selalu juga MonsterKecil lihat model sebegini di jalan raya terutama model Honda dan Kawasaki. Dengan enjin 6-silinder, model ini memberi sesaran 1649cc, pastinya memberi kuasa pecutan yang terbaik kepada pemiliknya. Selalunya kita lihat BMW terkenal dengan kereta. Kali ini giliran kenderaan dua roda pula memonopoli jalanraya di Malaysia. Diperkemaskan lagi dengan teknologi elektronik seperti 'suspension adjustable','heated seat','traction control', multi-mode engine maping', memberi tanggapan bahawa nilai ekslusif BMW bukan hanya terletak pada kenderaan 4 roda sahaja. Nilai model ini tak dapat dipastikan, tetapi selalunya model sebegini mencecah RM100,000 ke atas.
DUCATI DIAVEL
Terbaik!.Itu sahaja yang mampu MonsterKecil ungkapkan.Kalaulah ada duit, memang MonsterKecil dah sapu motor ni dulu. Duduk sahaja sudah cukup memukau orang yang memandang apabila menunggang Diavel ini. MonsterKecil pernah mencuba model ini di Kuala Lumpur International Motorshow. Alahai, boleh menangis bila tengok harganya. Dengan enjin V-Twin serta 1200cc memberikan kuasa pecutan unggul kepada pemiliknya di atas jalanraya. Setakat ini MonsterKecil belum mendapat maklumat lagi tentang model ini tetapi dijangka keluar pada Mac 2011, maknanya hanya perlu tunggu model ini memecut pantas di jalanraya.
HONDA CB1000R
Nampakya perubahan besar pada model Honda ini. Dari segi rekabentuk seperti Kawasaki Z1000.Kadangkala keliru juga MonsterKecil samada ini adalah model Honda atau Kawasaki. MonsterKecil memang minat pada rekabentuk sebegini. Nampak garang dan berkuasa. Naked bike ini memang menjadi idaman peminat 'superbike' selain model CBR. Dengan kombinasi tunggangan dan kuasa enjin menjadikan model ini suatu nilai ergonomik yang hebat dengan nilai kuasa 10,000 rpm. Dengan kerangka aluminium dan 'fully adjustable 43mm inverted fork' menjanjikan keselesaan tunggangan pada model ini.
HONDA CBR250R
Dilancarkan di Malaysia sekitar Februari 2011, model ini menjadikan pemilik motorsikal yang berpendapatan rendah tersenyum lebar dengan keluaran ini. Dengan kuasa suntikan penuh 249.4 cc dengan silinder tunggal dengan 'double overhead cams' empat injap. Kini Kawasaki Ninja-250 sudah ada pesaing dan memberikan pilihan kepada peminat Sportbike. Setakat ini MonsterKecil belum lagi melihat model ini di jalanraya. Harganya MonsterKecil tidak pasti, rasanya sekitar RM22,000.
KAWASAKI ZX-10R
Model ini juga agak popular di kalangan peminat Kawasaki selain ER6N (F) dan Z1000. Model ini juga yang pertama dipasangkan sistem kawalan traksi pertama pada model motorsikal keluaran Jepun. Dengan sistem ABS yang diperkemaskan lagi pada sistem brek dan suspensi menjadikan model ini selamat ditunggang walaupun dalam kelajuan yang tinggi. terdapat dua variasi warna iaitu hijau dan hitam yang boleh dipilih. Dari segi rekabentuk, MonsterKecil sangat berpuas hati dengan rekaannya. Nampak 'sporty' dan garangmemberikan kuasa pecutan yang handal apabila menunggang model ini.
MV AGUSTA F3
Mv Agusta, nama yang tidak kurang hebatnya dengan legenda pembabitannya dalam industri permotoran. Jarang di Malaysia kita dapat lihat model MA ini. Mungkin ada yang tidak kenal dan arif tentang MA ini. F3 merupakan model terkini daripada Mv Agusta yang bersesaran 675cc dengan tiga silinder. Telah memenangi 'Most beautiful bike' pada EICMA Show di Milan. Apa yang menarik tentang model ini adalah sedikit kelainan pada sistem bunyi iaitu menggabungkan 3 paip ekzos yang nampak menarik. MonsterKecil harap keunikannya kena pada 'performance' motorsikal ini.
SUZUKI GSX-R750
Setelahmengambil masa satutahundaritahun2010,AmerikaSuzuki telah membina semula model GSXR600danGSX-R750.Model Gixxer600telahlamamenjadi streetbiketerlarisSuzuki,jadiparajuruteradiHamamatsumembuatperbaikanatasmodel tersebut dengan keluaran model terbaru ini. Dilengkapi dengan teknologi terbaru, dilengkapi sistem brek ABS dan sistem kawalan motor menjadikan model ini banyak meluncur di jalan raya kini. Sebanyak 20lbs telah dikurangkan dari model asal dengan penambahbaikan kerangka aluminium, roda, enjin dan suspensi. Tambahan lagi dengan kerjasama Showa dan Big Piston Fork menjadikan model ini lebih istimewa dan ekslusif. Sistem brek pula dilengkapi dengan Brembo anti-lock breaking system.
TRIUMPH TIGER 800
Model terakhir adalah Triumph Tiger 800. Model jenis touring bike ini merupakan model terbaru daripada Triump. Kepada peminat yang sukakan perjalanan yang lasak dan jauh, inilah model terbaik yang harus dipilih tetapi MonsterKecil tidak pasti samada model ini telah memasuki pasaran Malaysia atau tidak. Model ini sangat sesuai untuk si pengembara yang sarat dengan pelbagai barang. Dengan sesaran enjin 799cc memberikan kuasa penuh kepada penunggang untuk cabaran aksi lasak yang penuh berliku.Model XC juga diperkenalkan untuk aksi di dalam hutan dan gunung. Model XC pula dilengkapi dengan wire-spoke wheels, knobby tires, extra suspension travel dan switchable ABS menjadikan model ini bersedia untuk diredah dalam hutan dan gunung.
Kali ini MonsterKecil akan memaparkan berita tentang keluaran terbaru MINI iaitu MINI Cooper Countryman. Rasanya seperti kita telah menunggu satu dekat kedatangan Cooper 2011 Mini Countryman versi crossover dari MINI. MonsterKecil agak tertarik dengan rekabentuk Mini Countryman ini yang agak berlainan dengan versi-versi MINI yang terdahulu. Dari segi rekaan lampu, keluasan, panjang dan rekaan bonet belakang membuatkan MonsterKecil merasakan versi kali ini mampu memikat peminat-peminat MINI yang lain. Dilancarkan di US pada Januari 2011, kini Mini Cooper Countryman telah memasuki pasaran Malaysia, turut didatangkan dengan varian MINI Cooper S Countryman. MINI masih belum mengeluarkan spesifikasi untuk model ini tetapi difahamkan ia 5.5 inci lebih panjang daripada MINI Clubman dan 15.7 inci lebih panjang daripada Cooper Wee. Dengan harga atas jalan bagi pendaftaran persendirian dan tanpa insurans bagi MINI Cooper Countryman ialah RM248,888 manakala MINI Cooper S Countryman pada harga RM285,888. Apalagi peminat MINI, jenguk-jenguk la showroom MINI. Mana tau berkenan ke..~ hehehe...~
Ruangan dalaman yang kemas menimbulkan lagi ciri ekslusif MINI yang sedia ada. Ruang dalaman yang lebih besar serta kemasan yang lebih moden memacu MINI maju ke hadapan dengan model Countryman ini.
Ruang penumpang yang kebiasaannya hanya untuk 2 orang kini boleh ditambah kepada 3 orang. Pilihan boleh dibuat pemilik untuk tambahan tersebut tanpa sebarang kos tambahan. Model tersebut kini boleh dinaiki oleh 5 orang. Tetapi bagi MonsterKecil, hanya penumpang berkapasiti 4 orang sahaja yang membuatkan penumpang lebih selesa.
Ruang simpanan bagasi juga luas dengan kerusi penumpang boleh dilipat untuk memberi ruang kepada bagasi yang lebih besar. Kesimpulannya, Countryman sangat kompak tetapi berkeluasan besar.
Kalendar perlumbaan bagi MotoGp 2011 sudah MonsterKecil sediakan. Kini jadual perlumbaan bagi Formula 1 2011 pula akan menyusul. Masa makin hampir bagi semua pasukan yang bertanding. Malaysia akan menjadi tuan rumah pada pusingan kedua pada 8 hingga 10 April 2011. Sama-sama kita nantikan deruman enjin-enjin yang begitu hebat.!!!
1 - QANTAS AUSTRALIAN GRAND PRIX (Melbourne) 25 - 27 Mac 2011
2 - PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX ( Sepang ) 8 - 10 April 2011
3 - UBS CHINESE GRAND PRIX ( Shanghai ) 15 - 17 April 2011
4 - TURKISH GRAND PRIX ( Istanbul ) 6 - 8 Mei 2011
5 - GRAN PREMIO DE' ESPANA ( Catalunya ) 20 - 22 Mei 2011
6 - GRAND PRIX DE MONACO ( Monte Carlo ) 26 - 29 Mei 2011
7 - GRAND PRIX DU CANADA ( Montreal ) 10 - 12 Jun 2011
8 - GRAND PRIX OF EUROPE ( Valencia ) 24 - 26 Jun 2011
9 - SANTANDER BRITISH GRAND PRIX (Silverstone) 8 - 10 Julai 2011
10 - GROSSER PREIS SANTANDER VON DEUTSCHLAND (Nurburgring) 22 - 24 Julai 2011
11 - ENI MAGYAR NAGYDIJ ( Budapest ) 29 - 31 Julai 2011
12 - SHELL BELGIAN GRAND PRIX ( Spa-Francorchamps) 26 - 28 Ogos 2011
13 - GRAN PREMIO SANTANDER D'ITALIA ( Monza ) 9 - 11 September 2011
14 - SINGTEL SINGAPORE GRAND PRIX ( Singapore ) 23 - 25 September 2011
15 - JAPANESE GRAND PRIX ( Suzuka ) 7 - 9 Oktober 2011
16 - KOREAN GRAND PRIX ( Yeongam ) 14 - 16 Oktober 2011
17 - GRAND PRIX OF INDIA ( New Delhi ) 28 - 30 Oktober 2011
18 - ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX ( Yas Marina Circuit ) 11 - 13 November 2011
19 - GRANDE PREMI'O DO BRASIL ( Sao Paolo ) 25 - 27 November 2011
P/S : MonsteKecil teringin nak g Singapore Grand Prix .~!!