25 Mac 2011

2011 MINI Cooper Countryman



          Kali ini MonsterKecil akan memaparkan berita tentang keluaran terbaru MINI iaitu MINI Cooper Countryman. Rasanya seperti kita telah menunggu satu dekat kedatangan Cooper 2011 Mini Countryman versi crossover dari MINI. MonsterKecil agak tertarik dengan rekabentuk Mini Countryman ini yang agak berlainan dengan versi-versi MINI yang terdahulu. Dari segi rekaan lampu, keluasan, panjang dan rekaan bonet belakang membuatkan MonsterKecil merasakan versi kali ini mampu memikat peminat-peminat MINI yang lain.
        
          Dilancarkan di US pada Januari 2011, kini Mini Cooper Countryman telah memasuki pasaran Malaysia, turut didatangkan dengan varian MINI Cooper S Countryman. MINI masih belum mengeluarkan spesifikasi untuk model ini tetapi difahamkan ia 5.5 inci lebih panjang daripada MINI Clubman dan 15.7 inci lebih panjang daripada Cooper Wee.
      
           Dengan harga atas jalan bagi pendaftaran persendirian dan tanpa insurans bagi MINI Cooper Countryman ialah RM248,888 manakala MINI Cooper S Countryman pada harga RM285,888. Apalagi peminat MINI, jenguk-jenguk la showroom MINI. Mana tau berkenan ke..~ hehehe...~
      


Ruangan dalaman yang kemas menimbulkan lagi ciri ekslusif MINI yang sedia ada. Ruang dalaman yang lebih besar serta kemasan yang lebih moden memacu MINI maju ke hadapan dengan model Countryman ini.




          Ruang penumpang yang kebiasaannya hanya untuk 2 orang kini boleh ditambah kepada 3 orang. Pilihan boleh dibuat pemilik untuk tambahan tersebut tanpa sebarang kos tambahan. Model tersebut kini boleh dinaiki oleh 5 orang. Tetapi bagi MonsterKecil, hanya penumpang berkapasiti 4 orang sahaja yang membuatkan penumpang lebih selesa.




         Ruang simpanan bagasi juga luas dengan kerusi penumpang boleh dilipat untuk memberi ruang kepada bagasi yang lebih besar. Kesimpulannya, Countryman sangat kompak tetapi berkeluasan besar.









Sumber : Insideline.com

Tiada ulasan: