20 Mei 2011

Peugeot RCZ Sports Coupe 2011





MonsterKecil nak update sikit mengenai kereta terbaru keluaran Peugeot. Agak menarik berbanding rekaan kereta keluarannya yang sebelum ini. MonsterKecil agak tertarik mengenainya apabila menonton berita tentang pelancarannya yang akan diadakan di Malaysia. Rekaan yang agak sporty membuatkan RCZ agak lain dari model sebelum ini yang agak tidak menarik dari segi rekaan. 






Secara mekanikalnya, ia adalah berasaskan pada model 308 hatchback. Model ini dijana oleh enjin BMW PSA-Prince 1.6 liter Twin-Scroll Turbocharged yang mempunyai dua versi iaitu (156 hp 240nm ) & ( 200hp 275nm). 


Model ini dilengkapi dengan transmisi automatik 6 kelajuan dan transmisi manual 6 kelajuan. Bahagian spoiler juga boleh diubah secara manual melalui kawalan elektronik. Dengan rekaan sebegini dan kapasiti enjin yang mantap, model ini bakal mendapat sambutan yang luarbiasa dari penggemar kereta 'coupe' dan anggaran model ini sekitar RM100,000.  Mungkin model Roadster pula akan menyusul kemudian kerana model itu juga menarik ( bumbung boleh buka ). 


Dari segi rekaan dalaman, panel meter sangat senang untuk difahami dan dilihat. Bahagian papan pemuka juga ringkas dan menarik tetapi padat dengan butang fungsi yang senang ditekan. 
















Sumber : google / Peugeot.com

Tiada ulasan: