06 Jun 2011

Porsche Panamera

Panamera?..model apa tu?..tak pernah dengar pun?..jarang dilihat di jalanraya, itulah model keluaran Porsche yang agak cun dari mata MonsterKecil berbanding dengan Porsche Cayenne. Lama juga MonsterKecil menanti kelibat Porsche Panamera ini di jalanraya. Akhirnya bertemu jua semasa singgah mengisi minyak di Cheras.

Dilancarkan di Malaysia sekitar 2009, model ini jarang dimiliki mungkin kerana harganya yang mencecah nilai 1 juta, bukan calang-calang orang boleh memilikinya setanding dengan prestasi dan nilai komersilnya. Datang dengan tiga model iaitu:-
      * Porsche Panamera S  -  RM 998,000.00
      * Porsche Panamera 4S - RM 1,118,000.00
      * Porsche Panamera Turbo - RM 1,398,000.00

Ketiga-tiga model tersebut menggunakan enjin V8 berkuasa 4,806cc dan cuma bezanya bagi model Turbo adalah ia mempunyai turbocharger kembar. Boleh menghasilkan 400PS pada 6,500rpm dan 500Nm tork antara 3,500rpm ke 5,000rpm. Ruang tangki minyak pula boleh menyimpan sehingga 100 liter berbanding model S yang hanya boleh menyimpan 80 liter.

Dengan transmisi 7-kelajuan, model ini menggunakan teknologi Porsche Doppelkupplung (PDK) iaitu kotak gear 2 dalam 1 dan juga memerlukan dua clutch. Kelebihan teknologi ini adalah tiada gangguan kekurangan kuasa enjin ketika penukaran gear dan pemanduan yang selesa walaupun dalam kelajuan tinggi. Kotak gear juga mempunyai transmisi manual dan automatik yang boleh diubah mengikut mode.

Pemilik boleh memilih warna pilihan pada model ini. 17 warna menjadi pilihan dan 7 pilihan sport rim yang pelbagai. Pilihan warna bagi kemasan dalaman pula adalah 7 warna untuk dipadankan pada rekaan dalaman

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang model ini, layari laman web rasmi Porsche dan lihat video mengenai model ini. Memang menarik !!!..Tak cukup sehari nak 'study' pasal kereta ini. Macam-macam teknologi yang ada pada model ini, patutlah harganya pun buat kita berfikir dua kali nak membelinya..hehe.~





















Tiada ulasan: