10 Mei 2011

Subaru Impreza WRX 2011



Kali ini MonsterKecil memperkenalkan model terbaru pengeluar kereta terkenal dari Jepun ini iaitu Subaru Impreza WRX STi 2011. Pengeluarannya sudah bermula pada 2008 cuma baru memasuki pasaran Malaysia sekitar hujung tahun 2010. Namun jarang-jarang dapat kita lihat kelibat model terbaru Subaru ini di jalanraya di Malaysia. Keunikan bunyinya yang lain dari model-model kereta keluaran syarikat lain menyebabkan Subaru begitu unik dalam keluarannya. Dengar sahaja bunyinya sudah tahu bahawa itu adalah Subaru yang begitu garang.


Pada kali ini Subaru memperkenalkan dua edisi untuk model terbaru ini iaitu Sedan & Hatchback. MonsterKecil pernah juga terserempak dengan jenis Hatchback tetapi belum pernah lagi ternampak edisi Sedan. Memang menarik dengan rekaan terbaru dari Subaru. Juga didatangkan dengan model yang berbagai jenis iaitu Impreza WRX, WRX Premium, WRX Limited, WRX STI dan WRX STI Limited Edition. Model kali ini juga didatangkan dengan varian warna yang menarik tidak seperti sebelum ini iaitu biru yang menjadi 'trademark' Subaru.


                                 Model Hatchback

Model Sedan
Spesifikasi : -
* Sistem pemanduan "Symmetrical All-Wheel Drive" yang memberikan sistem pemanduan selamat kepada     pemandu
* Sistem suspensi 'sport-tuned'
* Rim aluminium aloi 17 x 8.0 inci dengan P235/45 R17 iaitu tayar khusus untuk cuaca musim panas.
* Rim 18 inci untuk WRX Limited, WRX STI dan WRX STI Limited Edition.
* Enjin berkapasiti 265-hp turbocharged dijana SUBARU BOXER.
* Enjin berkapasiti 305-hp turbocharged dijana SUBARU BOXER hanya untuk WRX STI dan WRX STI Limited Edition.
* Harga sekitar RM240,000 ( mengikut jenis model dan spec )















Rekaan panel meter sangat senang untuk dilihat dan difahami. Simple tapi menarik. Ruang enjin juga amat padat dan tersusun sesuai dengan prestasi enjinnya yang menakjubkan dalam kategorinya.


Subaru terkenal kerana banyak kejayaan yang dicapai semasa mereka menyertai World Rally Championship. Tetapi kini Subaru tidak lagi menyertai kejohanan tersebut. Drifter dan juga pemandu rally terkenal Ken Block juga pernah menggunakan Impreza WRX Sti 9 Version dan model terkini untuk aksi-aksinya bersama Subaru sebelum berhijrah ke Ford ( MonsterKecil kipas susah mati KenBlock...hehe..).








Sumber: Subaru.com / Youtube.com / Motorsport.com

3 ulasan:

Neddy Razak berkata...

color putih hatchback sumpah lawa weyhhh!

Erie Yohoho berkata...

cool. mane nak dapat kete ni eh? Kat PD ade jual tak? hahaha

MonsterKecil berkata...

ned: jolok la brotha razak skit..haha
erie: kek pd..?..urm..cuba tanya kedai motor gemok kat pd..aku rasa ada jual..~