16 Oktober 2011

2012 Kawasaki Er6N

Halooo Malaysia..!!!..MonsterKecil kembali..!!..Phewww..takleh tahan MonsterKecil tengok superbike sale kat BikePalooza 2011..MonsterKecil berminat kat Aprillia Shiver..cunnn..baru la 'motosikal bogel' garang..!!.hehe..ok..sorry lama tak update blog sebab agak bz keje dan camera hilang kena sebat dek orang..so agak rugi g BikePalooza tak snap gambar yg menarik kat sana. Ada orang tegur MonsterKecil lama tak update blog...rindu gak update blog tp rindu lagi kat dia..:)


Ok..kali ni MonsterKecil nak update model keluaran Kawasaki Er6N 2012. Nampak lebih kurang dari model yang sebelumnya tetapi telah di'upgrade' dari segi function dan prestasi. Kali ni Kawasaki hasilkan dua model iaitu Er6N & Er6N ABS. Jom cuci mata jap..!!!..







Model ER6N 2012 ni didatangkan dengan dua warna iaitu kuning dan hitam. Warna kuning menjadikan ER6N nampak lebih garang dan menyerlah. Antara perbezaan yang didatangkan pada model baru ini ialah:-


* Lampu signal pada sisi lampu depan berbanding model lama yang agak ke bawah
* Lampu depan yang lebih sporty berbanding model terhadulu
* Panel meter yang diubahsuai kedudukan lebih dalam dan lebih kecil. Panel meter dilindungi 'fairing'   kecil yang nampak lebih sporty.
* Tangki minyak lebih panjang 20mm berbanding model lama.
* 'Seat' yang dibahagi kepada dua dan 'seat' belakang yang boleh dibuka.
* 'Suspension Cover' pada bahagian suspensi


@ Rekaan 'double pipe perimeter' yang lebih terdedah berbanding rekaan pada 'bodywork' yang lama. 'Double pipe' direka dengan kerangka baru dan diperbuat daripada 'high tensile steel' yang lebih ringan.


@ Rekaan tangki minyak yang lebih panjang 20mm daripada model lama.


@ 'Muffler' di bawah enjin dengan jumlah yg lebih besar dan pembinaan semula berikan 'tork' yang lebih dalam lingkungan bawah 7000rpm. Prestasi yang semakin meningkat memudahkan kawalan pada rpm .


Spesifikasi enjin:-


Type 4-stroke, Parallel Twin
Displacement 649cc
Bore and Stroke 83.0 x 60.0 mm
Cooling liquid
Compression ratio 10.8:1
Valve system DOHC, 8 valves
Fuel system digital fuel injection with two 38mm Keihin throttle bodies
Ignition digital
Lubrication forced lubrication ( semi-dry sump)
Transmission 6-speed with positive neutral finder
Maximum Power 53 kW ( 72.1 PS) / 8,500 rpm
Maximum Torque 64 N.m (6.5 kgf.m) / 7,000 rpm





Sumber: TotalMotorcycle

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Bro, nak tanya kalau tinggi 5'4", sesuai tak untuk kawasaki ER6N. Takut kaki tak sampai. Tq

MonsterKecil berkata...

Wassalam warahmatullah..tinggi eh..saya 6'4 pun cukup2 makan je..hehe..boleh tetapi kena pandai balance badan..ramai jugak bikers yg tak cukup tinggi tapi dgn riding boot diorang jadi 'tinggi'.