31 Mac 2011

Top 10 Hottest Bike of 2011

MonsterKecil 'update' lagi 10 'superbike' terhangat 2011. Semua model yang dipilih berdasarkan tinjauan daripada orang ramai, permintaan, pengeluaran dan prestasi semasa. Model-model ini dipilih berdasarkan pandangan pakar permotoran pada Germany's Intermot Show dan Italy's EICMA Exibition. Malaysia pula pada Kuala Lumpur International Motorshow. Makin lama makin meriah industri permotoran di Malaysia kini dengan kemasukan motorsikal berkuasa tinggi yang pelbagai. Kini peminat 'superbike' boleh memilih motorsikal idaman mereka. Jangan sampai rambang mata sudah la..hehe..~


APRILIA TUONO V4R


Jarang kita dapat lihat Aprilia mengeluarkan modelnya. Di Malaysia juga jarang peminat 'superbike' dapat memiliki model ini kerana kurangnya kemasukan model ini di Malaysia dan mungkin harganya sedikit mahal. Sekadar namanya sudah gak di peringkat antarabangsa tetapi sayangnya jarang kita lihat model Aprilia di jalanraya di Malaysia.
        Mengapa model Tuono V4R ini menjadi pilihan pertama?.Kalau anda peminat setia 'superbike' anda akan tahu. MonsterKecil juga perlukan banyak maklumat tentang model ini. Pada tahun 2010, Max Biaggi telah memenangi 10 podium pada 2010 World Superbike Championship menggunakan jentera  ini tetapi cuma berbeza 'spec' iaitu RSV4. Datang dengan versi APRC SE, pelbagai teknologi baru diperkenalkan pada jentera ini. Dengan harga sekitar RM68,000 ( mengikut nilai matawang sekarang), model ini akan tiba pada pertengahan 2011. Untuk model Replica Max Biaggi pula, RM194,000.


APRILIA DORSODURO 1200
 Apabila melihat saja model ini, terdetik di hati MonsterKecil, model Ducati kah ?. Dari segi rekabentuk, model ini mirip model Ducati, Supermotard. Dengan berat sekitar 457lbs, model ini boleh memecut laju setanding dengan kelasakannya di jalanraya. Dengan harga sekitar RM 36,000, model ini pasti memberi kepuasan kepada pemiliknya terutama ketika membelok dan mengambil selekoh. Leper habis!!!.MonsterKecil ada juga tengok-tengok model-model sebegini beraksi di litar go-cart USJ. Memang terbaik.!~


BMW K1600GT


 MonsterKecil minat sangat dengan model sebegini. Relax je bila membawanya walaupun agak berat tapi terasa 'enjoy'. Model-model sebegini selalunya di Malaysia dipelopori golongan berumur. Selalu juga MonsterKecil lihat model sebegini di jalan raya terutama model Honda dan Kawasaki. Dengan enjin 6-silinder, model ini memberi sesaran 1649cc, pastinya memberi kuasa pecutan yang terbaik kepada pemiliknya. Selalunya kita lihat BMW terkenal dengan kereta. Kali ini giliran kenderaan dua roda pula memonopoli jalanraya di Malaysia. Diperkemaskan lagi dengan teknologi elektronik seperti 'suspension adjustable','heated seat','traction control', multi-mode engine maping', memberi tanggapan bahawa nilai ekslusif BMW bukan hanya terletak pada kenderaan 4 roda sahaja. Nilai model ini tak dapat dipastikan, tetapi selalunya model sebegini mencecah RM100,000 ke atas.


DUCATI DIAVEL


Terbaik!.Itu sahaja yang mampu MonsterKecil ungkapkan.Kalaulah ada duit, memang MonsterKecil dah sapu motor ni dulu. Duduk sahaja sudah cukup memukau orang yang memandang apabila menunggang Diavel ini. MonsterKecil pernah mencuba model ini di Kuala Lumpur International Motorshow. Alahai, boleh menangis bila tengok harganya. Dengan enjin V-Twin serta 1200cc memberikan kuasa pecutan unggul kepada pemiliknya di atas jalanraya. Setakat ini MonsterKecil belum mendapat maklumat lagi tentang model ini tetapi dijangka keluar pada Mac 2011, maknanya hanya perlu tunggu model ini memecut pantas di jalanraya.


HONDA CB1000R




 Nampakya perubahan besar pada model Honda ini. Dari segi rekabentuk seperti Kawasaki Z1000.Kadangkala keliru juga MonsterKecil samada ini adalah model Honda atau Kawasaki. MonsterKecil memang minat pada rekabentuk sebegini. Nampak garang dan berkuasa. Naked bike ini memang menjadi idaman peminat 'superbike' selain model CBR. Dengan kombinasi tunggangan dan kuasa enjin menjadikan model ini suatu nilai ergonomik yang hebat dengan nilai kuasa 10,000 rpm. Dengan kerangka aluminium dan 'fully adjustable 43mm inverted fork' menjanjikan keselesaan tunggangan pada model ini.


HONDA CBR250R


 Dilancarkan di Malaysia sekitar Februari 2011, model ini menjadikan pemilik motorsikal yang berpendapatan rendah tersenyum lebar dengan keluaran ini. Dengan kuasa suntikan penuh 249.4 cc dengan silinder tunggal dengan 'double overhead cams' empat injap. Kini Kawasaki Ninja-250 sudah ada pesaing dan memberikan pilihan kepada peminat Sportbike. Setakat ini MonsterKecil belum lagi melihat model ini di jalanraya. Harganya MonsterKecil tidak pasti, rasanya sekitar RM22,000.


KAWASAKI ZX-10R


 Model ini juga agak popular di kalangan peminat Kawasaki selain ER6N (F) dan Z1000. Model ini juga yang pertama dipasangkan sistem kawalan traksi pertama pada model motorsikal keluaran Jepun. Dengan sistem ABS yang diperkemaskan lagi  pada sistem brek dan suspensi menjadikan model ini selamat ditunggang walaupun dalam kelajuan yang tinggi. terdapat dua variasi warna iaitu hijau dan hitam yang boleh dipilih. Dari segi rekabentuk, MonsterKecil sangat berpuas hati dengan rekaannya. Nampak 'sporty' dan garangmemberikan kuasa pecutan yang handal apabila menunggang model ini.


MV AGUSTA F3


 Mv Agusta, nama yang tidak kurang hebatnya dengan legenda pembabitannya dalam industri permotoran. Jarang di Malaysia kita dapat lihat model MA ini. Mungkin ada yang tidak kenal dan arif tentang MA ini. F3 merupakan model terkini daripada Mv Agusta yang bersesaran 675cc dengan tiga silinder. Telah memenangi 'Most beautiful bike' pada EICMA Show di Milan. Apa yang menarik tentang model ini adalah sedikit kelainan pada sistem bunyi iaitu menggabungkan 3 paip ekzos yang nampak menarik. MonsterKecil harap keunikannya kena pada 'performance' motorsikal ini.


SUZUKI GSX-R750
Setelah mengambil masa satu tahun dari tahun 2010, Amerika Suzuki telah membina semula model GSX R600 dan GSX-R750 . Model Gixxer 600 telah lama menjadi streetbike terlaris Suzuki, jadi para jurutera di Hamamatsu membuat perbaikan atas model tersebut dengan keluaran model terbaru ini. Dilengkapi dengan teknologi terbaru, dilengkapi sistem brek ABS dan sistem kawalan motor menjadikan model ini banyak meluncur di jalan raya kini. Sebanyak 20lbs telah dikurangkan dari model asal dengan penambahbaikan kerangka aluminium, roda, enjin dan suspensi. Tambahan lagi dengan kerjasama Showa dan Big Piston Fork menjadikan model ini lebih istimewa dan ekslusif. Sistem brek pula dilengkapi dengan Brembo anti-lock breaking system.


TRIUMPH TIGER 800
Model terakhir adalah Triumph Tiger 800. Model jenis touring bike ini merupakan model terbaru daripada Triump. Kepada peminat yang sukakan perjalanan yang lasak dan jauh, inilah model terbaik yang harus dipilih tetapi MonsterKecil tidak pasti samada model ini telah memasuki pasaran Malaysia atau tidak. Model ini sangat sesuai untuk si pengembara yang sarat dengan pelbagai barang. Dengan sesaran enjin 799cc memberikan kuasa penuh kepada penunggang untuk cabaran aksi lasak yang penuh berliku.Model XC juga diperkenalkan untuk aksi di dalam hutan dan gunung. Model XC pula dilengkapi dengan wire-spoke wheels, knobby tires, extra suspension travel dan switchable ABS menjadikan model ini bersedia untuk diredah dalam hutan dan gunung.




Sumber: Motorcycle.com

25 Mac 2011

2011 MINI Cooper Countryman



          Kali ini MonsterKecil akan memaparkan berita tentang keluaran terbaru MINI iaitu MINI Cooper Countryman. Rasanya seperti kita telah menunggu satu dekat kedatangan Cooper 2011 Mini Countryman versi crossover dari MINI. MonsterKecil agak tertarik dengan rekabentuk Mini Countryman ini yang agak berlainan dengan versi-versi MINI yang terdahulu. Dari segi rekaan lampu, keluasan, panjang dan rekaan bonet belakang membuatkan MonsterKecil merasakan versi kali ini mampu memikat peminat-peminat MINI yang lain.
        
          Dilancarkan di US pada Januari 2011, kini Mini Cooper Countryman telah memasuki pasaran Malaysia, turut didatangkan dengan varian MINI Cooper S Countryman. MINI masih belum mengeluarkan spesifikasi untuk model ini tetapi difahamkan ia 5.5 inci lebih panjang daripada MINI Clubman dan 15.7 inci lebih panjang daripada Cooper Wee.
      
           Dengan harga atas jalan bagi pendaftaran persendirian dan tanpa insurans bagi MINI Cooper Countryman ialah RM248,888 manakala MINI Cooper S Countryman pada harga RM285,888. Apalagi peminat MINI, jenguk-jenguk la showroom MINI. Mana tau berkenan ke..~ hehehe...~
      


Ruangan dalaman yang kemas menimbulkan lagi ciri ekslusif MINI yang sedia ada. Ruang dalaman yang lebih besar serta kemasan yang lebih moden memacu MINI maju ke hadapan dengan model Countryman ini.




          Ruang penumpang yang kebiasaannya hanya untuk 2 orang kini boleh ditambah kepada 3 orang. Pilihan boleh dibuat pemilik untuk tambahan tersebut tanpa sebarang kos tambahan. Model tersebut kini boleh dinaiki oleh 5 orang. Tetapi bagi MonsterKecil, hanya penumpang berkapasiti 4 orang sahaja yang membuatkan penumpang lebih selesa.




         Ruang simpanan bagasi juga luas dengan kerusi penumpang boleh dilipat untuk memberi ruang kepada bagasi yang lebih besar. Kesimpulannya, Countryman sangat kompak tetapi berkeluasan besar.









Sumber : Insideline.com

22 Mac 2011

Formula 1 2011 Racing Calendar



Kalendar perlumbaan bagi MotoGp 2011 sudah MonsterKecil sediakan. Kini jadual perlumbaan bagi Formula 1 2011 pula akan menyusul. Masa makin hampir bagi semua pasukan yang bertanding. Malaysia akan menjadi tuan rumah pada pusingan kedua pada 8 hingga 10 April 2011. Sama-sama kita nantikan deruman enjin-enjin yang begitu hebat.!!!


1 - QANTAS AUSTRALIAN GRAND PRIX (Melbourne)
      25 - 27 Mac 2011


2 - PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX ( Sepang )
      8 - 10 April 2011


3 - UBS CHINESE GRAND PRIX ( Shanghai )
      15 - 17 April 2011


4 - TURKISH GRAND PRIX ( Istanbul )
      6 - 8 Mei 2011


5 - GRAN PREMIO DE' ESPANA ( Catalunya )
      20 - 22 Mei 2011


6 - GRAND PRIX DE MONACO ( Monte Carlo )
      26 - 29 Mei 2011


7 - GRAND PRIX DU CANADA ( Montreal ) 
      10 - 12 Jun 2011


8 - GRAND PRIX OF EUROPE ( Valencia ) 
      24 - 26 Jun 2011


9 - SANTANDER BRITISH GRAND PRIX (Silverstone)
      8 - 10 Julai 2011


10 - GROSSER PREIS SANTANDER VON DEUTSCHLAND (Nurburgring)
       22 - 24 Julai 2011


11 - ENI MAGYAR NAGYDIJ ( Budapest )
        29 - 31 Julai 2011


12 - SHELL BELGIAN GRAND PRIX ( Spa-Francorchamps)
        26 - 28 Ogos 2011


13 - GRAN PREMIO SANTANDER D'ITALIA ( Monza )
        9 - 11 September 2011


14 - SINGTEL SINGAPORE GRAND PRIX ( Singapore )
        23 - 25 September 2011


15 - JAPANESE GRAND PRIX ( Suzuka )
        7 - 9 Oktober 2011


16 - KOREAN GRAND PRIX ( Yeongam )
       14 - 16 Oktober 2011


17 - GRAND PRIX OF INDIA ( New Delhi )
       28 - 30 Oktober 2011


18 - ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX ( Yas Marina Circuit ) 
       11 - 13 November 2011


19 - GRANDE PREMI'O DO BRASIL ( Sao Paolo )
        25 - 27 November 2011


P/S : MonsteKecil teringin nak g Singapore Grand Prix .~!!

19 Mac 2011

MotoGP 2011 Riders Lineup

MonsterKecil akan memaparkan pula senarai pelumba semua pasukan MotoGP 2011. Nampaknya saingan pada tahun ini semakin sengit dengan pelumba-pelumba yang akan bersaing hebat pada perlumbaan pembukaan di Qatar. Setiap pasukan mempunyai kelebihan tersendiri dari segi jentera dan pelumba.Sama-sama kita saksikan perlumbaan yang hebat.!!.~








Senarai pelumba dan pasukan yang diwakili :-


1 - Cardion AB Motoracing
      * Karel Abraham


2 - Ducati Team
      * Valentino Rossi
      * Nicky Hayden


3 - LCR Honda MotoGP
      * Toni Elias


4 - Mapfre Aspar Team MotoGP
      * Hector Barbera


5 - Monster Yamaha Tech3
      * Colin Edwards
      * Cal Crutchlow


6 - Pramac Racing Team
     * Randy De Puniet
     * Loris Capirossi


7 - Repsol Honda Team
     * Andrea Dovizioso
     * Dani Pedrosa
     * Casey Stoner


8 - Rizla Suzuki MotoGP
     * Alvaro Bautista


9 - San Carlo Honda Grasini
     * Hiroshi Aoyama
     * Marco Simoncelli


10- Yamaha Factory Racing
     * Jorge Lorenzo
     * Ben Spies






Sumber dari : MotoGp.com

18 Mac 2011

MotoGP 2011


MonsterKecil masih dalam mood permotoran. Kali ini MotoGP 2011 menjadi sasaran MonsterKecil untuk dijadikan 'homework'. MonsterKecil akan memberikan serba sedikit tentang MotoGP 2011 kali ini. Beberapa kejutan berlaku dari 2010. Antaranya adalah penghijrahan The Doctor @ Valentino Rossi dari team Yamaha ke Ducati. Malaysia dijangka menjadi tuan rumah MotoGP pada bulan Oktober 2011. Nantikan kemunculan mereka di Sepang..!!!..


Jadual Perlumbaan / Racing Calendar

Commercial Bank Grand Prix Of Qatar
20 March 2011 | Losail Circuit | Qatar   
Gran Premio bwin DE ESPANA
3 April 2011 | Jerez | Spain

bwin GRANDE PREMIO DE PORTUGAL
1 May | Estoril | Portugal

Monster Energy Grand Prix DE France
15 May | Le Mans | France

Gran Premi Aperol De Catalunya
5 June | Circuit De Catalunya | Catalunya

AirAsia British Grand Prix
12 June | Silverstone | Great Britan

TT Assen
25 June | Assen | Netherlands

Gran Premio D'Italia Tim
3 July | Mugello | Italy

Eni Motorrad Grand Prix Deutschland
17 July | Sachsenring | Germany

Red Bull U.S Grand Prix
24 July | Mazda Raceway | United State

Cardion AB Grand Prix Ceske Republiky
14 August | Automotodrom Brno | Czech Republic

Red Bull Indianapolis Grand Prix
28 August | Indianapolis | United State

GP Aperol San Marino
4 September | Misano | San Marino

Gran Premio D Aragon
18 September | Motorland Aragon | Aragon

Grand Prix Of Japan
2 October | Motegi | Japan

Australia Grand Prix
16 October | Philip Island | Australia

Shell Advance Malaysia MotoGP
23 Ocotober | Sepang Circuit | Malaysia

Gran Premio De Valenciana
6 November | Comunitat Valenciana | Spain

Ducati Corse iPhone application

MonsterKecil kali ini memaparkan berita terkini tentang pasukan MotoGP Ducati. Ducati Corse telah melancarkan satu aplikasi untuk iPhone yang telah dipersetujui oleh Steve Jobs iaitu 'otai' empayar Apple. Berita terkini mengenai pasukan Ducati MotoGP boleh diperolehi dengan aplikasi tersebut.Senarai 10 pelumba terbaik ( Greatest Rider All of Time ) juga boleh diperoleh daripada aplikasi tersebut. Aplikasi tersebut boleh didapati di laman web rasmi Ducati. Nak info lebih lanjut rajin-rajinkan diri tengok laman web tu. Kepada kipas susah mati Valentino Rossi & Nicky Hayden,  ni lah peluang terbaik nak follow up status diorang.


Ini adalah petikan daripada pihak media mengenai aplikasi tersebut :-


"The Ducati Corse App puts the MotoGP Championship in the palm of your hand!"

To celebrate the start of the 2011 MotoGP season, Ducati has released the new Ducati Corse App via the Apple App Store and iTunes. It's free and full of info direct from the Ducati MotoGP Team pit garage and factory in Bologna.

Discover everything you need to know about the Ducati MotoGP Team with Valentino Rossi and Nicky Hayden and hold all the secrets of the Ducati Desmosedici in your hand. Receive rapid updates on races, results and championship standings in addition to all the latest trackside news and a wealth of additional information from the world of Ducati.

Download it for free and you'll have constant on-the-go access to:

• News, events and facts from the Ducati MotoGP Team pit garage.
• Ducati rider profiles and Desmosedici GP11 data.
• Extensive image gallery with many photos to download and share.
• MotoGP championship calendar and constantly updated results and standings.
• Tons of additional content from the world of Ducati.

The Ducati Corse app is compatible with iPhone (3G or later), iPod Touch and iPad. It requires iOs 4.2 or later."



P/S : Try le kat iPhone korang. MonsterKecil pakai hp murah je..3310...~..ngeee~