23 Julai 2011

2011 Audi A1 TFSI

Lama sungguh MonsterKecil tak update blog..sibuk dengan kerja..hilang di pagi hari muncul di malam hari..:)
Kali ini MonsterKecil nak review mengenai model terbaru AUDI iaitu Audi A1 TFSI. Dilancarkan pada 24 Jun 2011 yang lalu ( maaf lambat update sikit ), model terkini A1 yang kompak ini nampak lebih menarik berbanding model A1 yang terdahulu.




Model ini telah memasuki pasaran permotoran Malaysia sekitar Jun 2011. Jenama kenderaan lain nampaknya mempunyai saingan baru seperti Mini Cooper, Subaru dan lain-lain lagi. Model ini dibawa masuk ke pasaran Malaysia dengan harga RM179,900 untuk harga di jalan raya tanpa insuran. 


Model A1 ini mempunyai kapasiti enjin 1.4 liter suntikan terus 'turbocharged' dengan menghasilkan 122 kuasa kuda pada 5,000 rpm dan 200 Nm torque, 1,500-4,000 rpm. Model ini bersesaran 1,390 cc. Model ini mempunyai transmisi 7-kelajuan S-tronic. Prestasi kereta ini amat memuaskan dengan memecut 0 - 100 kph hanya dengan 8.9 saat dan 203 kph untuk kelajuan tertinggi ( top speed ). Beza antara enjin 1.4 liter adalah ia menggunakan turbo tunggal ( singe turbo ) 1.4  dan bukan 'twincharged' 1.4 seperti yang digunakan pada model kompak Golf dan Scirocco TSI.


Pandangan hadapan


Antara teknologi biasa yang digunapakai oleh Audi adalah lampu hadapan Xenon, LED hadapan, belakang dan lampu kabus ( fog lamps). Pengesan cahaya dan hujan seperti juga penyaman udara. 
Dengan menggunakan rim saiz 17 dan beberapa jenis rim untuk dipadankan dengan tayar bersaiz 215/ 45.  Antara sistem keselamatan kenderaan adalah 6 beg udara ( airbaags ), sistem brek ABS, sistem EBD dan ASR traction control serta EDL. 

Semua model Audi A1 sangat berprestasi dalam penjimatan bahan api. Dengan kitaran nilai biasa antara 3.8 dan 5.4 liter setiap 100 kilometer, hanya membebaskan gas karbon monoksida sebanyak 99g bagi setiap kilometer. Dengan sistem pengurusan suhu yang baru, model ini lebih banyak kelebihan berbanding model A1 yang terdahulu. 













































Sumber rujukan : NetCarSho, PaulTan Automotive

21 Jun 2011

Super GT Series 2011



Pada 17 - 19 Jun 2011 berlangsungnya Super GT International Series 2011 di Sepang International Circuit ( SIC ). Menjadi kebanggaan Malaysia kerana menjadi satu-satunya litar yang dipilih menjadi tempat perlumbaan luar dari Jepun. Di Malaysia acara berprestij yang menjadi kebanggaan Jepun ini lebih dikenali oleh peminat sukan permotoran sebagai GT Japan. Litar Sepang menjadi litar bagi pusingan ketiga selepas Okayama dan Fuji.


MonsterKecil telah menyaksikan antara acara sukan terbaik di dunia ini di Sepang. Memang 'happening' walaupun panas terik tp disejukkan dengan 'track queen'..hehe..~.


Serba sedikit tentang Super GT Series: -
* Kategori GT500 : Honda, Nissan, Lexus, Toyota
* Kategori GT300 : Ferrari, Lamborghini, Porsche, Mosler, Corvette , Subaru
* Sebanyak 46 pusingan diadakan iaitu 5.542km bagi satu pusingan.
* Juara bagi kategori GT500 : Weider HSV-010
* Juara bagi kategori GT300 : Hatsunemiku Goodsmile BMW


Juara kategori GT500
Juara kategori GT300


MonsterKecil akan selitkan beberapa keping gambar menarik sepanjang aksi perlumbaan yang berlangsung. Nak album gambar penuh sila ke facebook MonsterKecil : http://www.facebook.com/sismozin