23 Julai 2011

2011 Audi A1 TFSI

Lama sungguh MonsterKecil tak update blog..sibuk dengan kerja..hilang di pagi hari muncul di malam hari..:)
Kali ini MonsterKecil nak review mengenai model terbaru AUDI iaitu Audi A1 TFSI. Dilancarkan pada 24 Jun 2011 yang lalu ( maaf lambat update sikit ), model terkini A1 yang kompak ini nampak lebih menarik berbanding model A1 yang terdahulu.




Model ini telah memasuki pasaran permotoran Malaysia sekitar Jun 2011. Jenama kenderaan lain nampaknya mempunyai saingan baru seperti Mini Cooper, Subaru dan lain-lain lagi. Model ini dibawa masuk ke pasaran Malaysia dengan harga RM179,900 untuk harga di jalan raya tanpa insuran. 


Model A1 ini mempunyai kapasiti enjin 1.4 liter suntikan terus 'turbocharged' dengan menghasilkan 122 kuasa kuda pada 5,000 rpm dan 200 Nm torque, 1,500-4,000 rpm. Model ini bersesaran 1,390 cc. Model ini mempunyai transmisi 7-kelajuan S-tronic. Prestasi kereta ini amat memuaskan dengan memecut 0 - 100 kph hanya dengan 8.9 saat dan 203 kph untuk kelajuan tertinggi ( top speed ). Beza antara enjin 1.4 liter adalah ia menggunakan turbo tunggal ( singe turbo ) 1.4  dan bukan 'twincharged' 1.4 seperti yang digunakan pada model kompak Golf dan Scirocco TSI.


Pandangan hadapan


Antara teknologi biasa yang digunapakai oleh Audi adalah lampu hadapan Xenon, LED hadapan, belakang dan lampu kabus ( fog lamps). Pengesan cahaya dan hujan seperti juga penyaman udara. 
Dengan menggunakan rim saiz 17 dan beberapa jenis rim untuk dipadankan dengan tayar bersaiz 215/ 45.  Antara sistem keselamatan kenderaan adalah 6 beg udara ( airbaags ), sistem brek ABS, sistem EBD dan ASR traction control serta EDL. 

Semua model Audi A1 sangat berprestasi dalam penjimatan bahan api. Dengan kitaran nilai biasa antara 3.8 dan 5.4 liter setiap 100 kilometer, hanya membebaskan gas karbon monoksida sebanyak 99g bagi setiap kilometer. Dengan sistem pengurusan suhu yang baru, model ini lebih banyak kelebihan berbanding model A1 yang terdahulu. 













































Sumber rujukan : NetCarSho, PaulTan Automotive

Tiada ulasan: