02 Ogos 2013

Honda CBR500R 2013

Helloooo...Salam Ramadan buat semua..MK lama sangat tak update blog. Kini ada sedikit kesempatan nak update blog. Kali ini MK nak update sedikit tentang motosikal yang agak bersesuaian dengan jiwa anak muda sekarang yang akan memasuki pasaran Malaysia tak lama lagi. HONDA CBR500R.

Motosikal 498cc ini termasuk dalam kategori motosikal bajet yang dihasilkan oleh Honda. Honda juga menghasilkan dua lagi model CB iaitu CB500F & CB500X. Bagi kategori CBR pula dua model dihasilkan iaitu CBR & CBR-abs

Terdapat 3 warna yang dikeluarkan oleh Honda iaitu Hitam, Merah dan Putih/Merah/Biru
Harga di Malaysia dijangka kira-kira sekitar RM28,000.

Terdapat 13 Inovasi yang dihasilkan pada model CBR500R ini oleh Honda untuk keselesaan penunggang dan pembonceng sesuai dengan reputasi mereka sebagai pengeluar motosikal terulung di dunia.


Antara inovasi yang dihasilkan ialah:

1. Rear passenger grips
2. Stepped two-piece seat
3. Digital instrumentation
4. Halogen headlight
5. Supersport styling
6. Disc brakes
7. Anti-lock brakes
8. DOHC Parallel-Twin-Cylinder Engine
9. Programmed fuel injection
10. Steel tube frame
11. Pro-Link rear suspension
12. Stainless steel exhaust
13. Spoke cast wheels






Sedikit info lebih lanjut tentang jentera keluaran Honda ini

Engine Type : 500 cc liquid-cooled parallel-twin
Induction : PGM-FI with 34mm throttle bodies
Ignition : Computer-controlled digital transistorized with electronic advanced
Compression ratio : 10:7:1
Valve train : DOHC, 4 valve per cylinder 
Transmission : Six-speed
Final drive : O-ring sealed chain
Front tire : 120/70-17
Rear tire : 120/60-17
Front brake : Twin-piston caliper with single 320mm wave disc
Rear brake : Single- caliper 240mm wave disc
Seat high : 30.9 inches
Fuel capacity : 4.1 gallons ( 15.867 liter ) including 2.7 liter reserve fuel


*Sumber totalmotorcycle.com / asphaltandrubber.com / honda.com

04 September 2012

2013 Kawasaki Z800

Halooooo Malaysia..!!!..MK datang lagi..!!..:D Kali ni MK nak update skit tentang beberapa gambar yang dikatakan Kawasaki Z800. Foto ni telah 'bocor' ataupun 'leaked' di Thailand. MK tak tahu lah benar atau tidak tentang berita ni. Samada ianya sekadar photoshop ataupun memang dah dibikin oleh Kawasaki. Model ni dikatakan dikeluarkan untuk menggantikan model Z750 yg sedia ada sekarang. Tahun 2013 rasanya tahun 'meletup' untuk Kawasaki. Untuk model 250cc & 650cc juga yang baru akan dikeluarkan.

Rekabentuk model ini dikatakan hampir sama dengan model Benelli TNT dari segi rekaan lampu depan.
Info lebih jelas masih gagal dikenalpasti cuma dapat gambar sahaja. Enjoy gambar sahaja la..ada info nanti MK akan update k..stay tune..!!!








05 Ogos 2012

2013 Kawasaki Ninja 650

Salam Ramadhan dari MK yg dah lama tak update blog..sibuk koje la katakan..:D

Kali ni MK akan update tentang model baru dari Kawasaki iaitu Ninja 650. Sejak membuat kemunculan semula pada 2006, model ini telah memberi impak yg besar dalam pembangunan permotoran Kawasaki. Dengan rekaan casis yg seimbang dan rekaan yang menarik, model ini sesuai untuk tunggangan yg sederhana dan untuk penunggang yang mempunyai ketinggian sederhana ataupun pendek.:D

Dari segi fungsi digital pula, sistem digital yang mudah dibaca, difahami juga memberi keselesaan dalam tunggangan.Didatangkan dengan tiga varian warna iaitu Pearl Stardust White, Candy Thunder Blue, Metallic Flat Spark Black . Terdapat juga model yg di 'upgrade' sistem suspensi iaitu Ninja 650 ABS.  
Harga OTR tu tak tau lagi sebab belum masuk pasaran Malaysia, nama pun 2013 punya model..:D












Spesifikasi:

* 649cc Twin Engine
* Transmisi 6 -gear
* Valve system DOHC
* Electronic system controlled by DFI's ECU system
* Engine Four-stroke, liquid-cooled, DOHC, four-valve, parallel twin
* Cooling system liquid
* Front Tire Size Dunlop Roadsmart II 120/70x17
* Rear Tire Size Dunlop Roadsmart II 160/60x17\
* Fuel Capacity 4.2 gal


Sumber : Kawasaki.com / MotorBeam / TotalMotorcycle

13 Jun 2012

Sepang International SuperGT Series 2012





Hello Malaysia..!!~ Kali ni MonsterKecil nak update tentang perlumbaan SuperGT Series 2012 ataupun dikenali Japan GT yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 9 dan 10 Jun 2012 yg lepas. Maaf lambat skit update akibat busy dgn kerja..:D


Seperti tahun lepas, juara pada edisi 2012 juga dimenangi oleh pasukan yang sama, WEIDER HSV-010 yang dipandu oleh Takashi Kogure & Carlo Van Dam bagi kategori GT500 manakala bagi kategori GT300 dimenangi oleh pasukan HANKOOK PORSCHE yang dipandu Masami Kageyama & Tomonobu Fujii.


Agak meriah suasana perlumbaan pada tahun ni. Bilangan penonton pun makin ramai berbanding tahun lepas. 


MonsterKecil tak berkesempatan sangat nak snap pic. Mana yang ada je. Datang pun dah lambat..:D
































02 April 2012

2012 Isle Of Man TT Races


" The Isle Of Man TT motorcycle race. In 102 years, over 237 riders have died on this course, still considered to be the most dangerous bike race in the world. Over 37 miles of road on an island that if you crash and don't die, you are considered to be lucky".


Itu petikan paling tepat untuk sukan ini.:)
MonsterKecil kali ini nak update tentang sukan permotoran "ball of steel" iaitu Isle Of Man TT Races. Jarang kita dengar di Malaysia tentang sukan permotoran ini. Membabitkan motor berkuasa tinggi memang menyeronokkan bagi peminatnya yang tersendiri. MonsterKecil tahu ada peminat sukan ini di Malaysia cuba kurang diberi pendedahan. MonsterKecil pun lama nak study sukan ni sebab sukan ini tak dapat liputan meluas di Malaysia. Mungkin sebab venue sukan tersebut hanya di satu tempat sahaja iaitu di  Isle Of Man yang terletak di Lautan Ireland iaitu antara Great Britain & Ireland. 


Kejohanan ini bermula pada tahun 1977 dan sehingga kini 2012. Pada tahun ini, mereka akan memulakan saingan pada 26 May 2012 sehingga 8 June 2012. Melibatkan jarak perlumbaan sejauh 37 batu, perlumbaan ini melibatkan ratusan pelumba ( tak dapat jumlah tepat, tapi memang ratusan ) yang melibatkan puluhan pasukan. Kategori pula melibatkan 6 kategori bagi single rider dan sidecar ( rider & co rider). Sukan ini betul-betul mencabar pelumba dalam keadaan kelajuan yang ekstrem iaitu antara 200km/j ke atas. Pusingan terpantas pada tahun lepas adalah 211km/j oleh John McGuinness .
Single Rider

Sidecar

MonsterKecil akan update jadual perlumbaan tersebut.:

PRACTICE WEEK


26 Mei 2012, Sabtu
- Solo Newcomers ( all solo classes)Speed Controlled Lap
- Lightweight / Newcomers ( all solo classes) Qualifying
- Sidecar Newcomer Speed Controlled Lap
- Sidecar Free Qualifying

28 Mei 2012, Isnin
- Superbike / Superstock/ Supersport/ Newcomers ( except Lightweight) Qualifying
- Sidecar Qualifying

29 Mei 2012, Selasa
- Superbike/ Superstock/ Supersport/ Newcomers (except Lightweight) Qualifying
- Supersport/ Lightweight/ Newcomers ( all solo classes ) Qualifying
- Sidecar Qualifying

30 Mei 2012, Rabu
- Superbike / Superstock/ Supersport/ Newcomers ( except Lightweight ) Qualifying
- Sidecar Qualifying

31 Mei 2012, Khamis
- Superbike / Superstock/ Supersport/ Newcomers (except Lightweight) Qualifying
- Supersport/ Lightweight/ Newcomers ( all solo classes) Qualifying
- Sidecar Qualifying

1 Jun 2012, Jumaat
- Superbike / Superstock/ Supersport/ Newcomers ( except Lightweight) Qualifying
- Sidecar Qualifying

RACE WEEK

2 Jun 2012, Sabtu
- Dainese Superbike TT Race
- Sidecar TT Race 1
- Supersport / Lightweight Qualifying

4 Jun 2012, Isnin
- Monster Energy Supersport TT Race 1
- Sidecar Qualifying
- Royal London 360 Superstock TT Race

6 Jun 2012, Rabu
- SES TT Zero Challenge
- Monster Energy Supersport TT Race 2
- Sidecar TT Race 2
- Senior Qualifying
- Lightweight Qualifying

8 Jun 2012, Jumaat
- Supertwins TT Race
- PokerStars Senior TT Race

2011 Isle Of Man TT Highlight

Now & Legend






Sumber: iomtt.com / manxphotosonline.com / youtube.com