03 April 2011

Ducati 1198 SP

MonsterKecil dalam 'mood' Ducati & Sunday. :) ....Kali ini MonsterKecil nak 'preview' model Ducati 1198 SP. Atas permintaan seorang lagi sahabat yang betul-betul kipas susah mati Ducati. Untuk tidak menghampakan beliau yang terus menyokong MonsterKecil,  akan MonsterKecil beri sedikit maklumat tentang model ini. Enjoy!~


Dengan pengalaman yang ditimba dari seluruh litar di dunia ini, Ducati datang dengan model 1198SP(Sport production) yang berprestasi tinggi, aluminium tank, Ducati quick shift, slipper clutch, rear Ohlins suspension with TTXR technology. Dengan berat kering 168, model ini adalah cabaran seterusnya dalam litar.Dengan sesaran 1198cc, model ini mampu memecut dengan kuasa 9750rpm dan tentunya memberi satu kepuasan pecutan kepada pemiliknya. Dengan menggunakan teknologi yang dibangunkan untuk projek Desmosedici MotoGp, rekaan tersebut membolehkan model ini beroperasi dalam rpm yang tinggi dengan piston berdiameter 106mm.
       Rekaan enjin " The Testastretta Evoluzione" merupakan rekaan enjin L-Twin yang terbaik pernah dihasilkan dengan berdiameter 43.5mm untuk masukan dan 35.5mm untuk keluaran. Maklumat lebih lanjut tentang model ini :


Jenis : L-Twin cylinder, 4 valve per cylinder Desmodromic, liquid cooled
Sesaran : 1198 cc
Kuasa : 170hp (125kW) @ 9750rpm
Tork : 97lb-ft 131.4Nm @ 8000rpm
Suntikan bahan bakar : Marelli electronic fuel injection, elliptical throttle bodies
Sistem Ekzos : Lightweight 2-1-2 system with catalytic converter and 2 lambda probes. Twin stainless steel mufflers
Kotak gear : 6 gear
Berat kering : 168 kg
Warna : Hitam dan Merah




Sumber : Ducati.com & Youtube.com

Tiada ulasan: